Insiden hidangan arak adalah mesej tersirat nak tunjukkan siapa yang sedang dominan dan berkuasa sekarang untuk tentukan identiti negara.
Mungkin ramai yang anggap ia adalah isu protokol dan teknikal dan boleh selesai dengan permohonan maaf. Tidak.
Kita sedang menyaksikan “a soft game of power, played with finesse”, di mana ada pihak yang mahu angkat nilai liberal sekular dan cubaan normalisasi gaya hidup barat menembusi ruang dalam struktur pentadbiran negara dan juga budaya dan nilai dalam masyarakat.
Mereka cuba membina naratif baharu dalam masyarakat bahawa perkara ini adalah “isu kecil” dan “tidak salah”, sedangkan sebenarnya ia sedang mengubah sempadan sensitiviti syarak dalm diri umat secara perlahan.
Ummah yang berkongsi akidah yang sama mestilah bersatu untuk menjadi satu struktur kuasa akhlak dan sosial yang menjadi benteng terakhir bagi mempertahankan prinsip Islam dalam masyarakat di negara ini.
Apabila kuasa politik, media dan dasar mula condong kepada arus liberal, ummah mesti menjadi penjaga yang melindungi nilai-nilai Islam dan juga menjadi penentu kepada arah hala tuju bangsa yang mempunyai nilai adab yang tinggi.
Selama ratusan tahun, orang Melayu telah menjadi pembela kepada Islam di tanah air ini. Kita akan pertahankannya habis-habisan daripada sesiapa yang cuba untuk ubah kerangka negara ini yang mana Islam dan Melayu adalah tiangnya.
Ustaz Shuhaib ar-Rumy Selamat
Presiden ISMA