Islam Akan Mencapai Kemenangan

Berikut adalah di antara janji-janji Allah dan Rasul-Nya yang menegaskan bahawa Islam akan mencapai kemenangan dan kejayaan adalah hampir.

Tugas kita hanyalah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang dijanjikan itu.

Pada saat orang kafir menentang Rasulullah s.a.w lalu Allah menurunkan ayat yang menyatakan bahawa Dia akan memberi kemenangan kepada perjuangan Islam.

Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan- ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayanya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai. {33}  Dialah yang Telah mengutus RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkanNya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai. (at Taubah 32-33)

Dalam musnad Imam Ahmad dari Mas’ud Ibn Qubaishah atau Qubaishah Ibn Mas’ud katanya; para pejuang telah bersolat subuh di suatu kawasan. Apabila mereka selesai bersolat seorang pemuda dari kalangan mereka telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

إنه ستفتح لكم مشارق الأرض ومغاربها وإن عمالها فى النار إلا من اتقى وأدى الأمانة

Sesungguhnya akan dibukakan kepada kami Timur dan Barat, para pemerintahnya akan berada di dalam neraka melainkan mereka yang bertaqwa kepada Allah dan menunaikan amanah.

Juga dalam kitab al Musnad dari ‘Adi ibn Hatim katanya : AKu telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w lalu Baginda bersabda : Islamlah kamu nescaya kamu akan selamat. Aku berkata: Aku adalah orang yang beragama. Rasulullah bersabda : Aku lebih mengetahui tentang agamamu daripada kamu. Kemudian baginda bersabda lagi:

Aku tahu apa yang menghalang kamu dari memeluk Islam. Kamu berkata, Islam diikuti oleh mereka yang lemah dan tidak kuat dan mereka telah diusir oleh orang-orang Arab. Adakah kamu tahu apakah al Hirah? Aku berkata : Aku tidak pernah melihat tempat tersebut tetapi aku ada mendengar tentangnya.

Sabda Rasulullah s.a.w : Demi jiwaku yang berada di tangan-Nya, Allah akan menyempurnakan urusan ini sehinggalah seorang wanita yang bermusafir dari al Hirah dan bertawaf di Ka’bah tanpa ditemani oleh sesiapa pun dan kamu akan membuka perbendaharaan Kisra Ibn Hurmuz, dan kamu akan membawa harta tersebut (untuk disedekahkan) tetapi tiada siapa yang layak menerimanya (lantaran kekayaan masing-masing)‘Adi berkata: wanita tersebut memang telah keluar dari al Hirah dan bertawaf di Ka’bah tanpa ditemani oleh sesiapa dan memang aku adalah di antara mereka yang membuka perbendaharaan Kisra Ibn Hurmuz. Demi jiwaku yang berada di dalam kekuasaan-Nya kamu akan menjadi orang ketiga kerana Rasulullah s.a.w telah menyatakannya.

Janji Allah untuk jadikan khalifah pemerintah yang adil dan menundukkan manusia dari tunduk kepada manusia dan hanya tunduk kepada Allah s.w.t.

Tidak diwafatkan baginda s.a.w setelah melihat pembukaan Madinah, Mekah, Khaibar, Bahrain dan keseluruhan Semenanjung Tanah Arab, bumi Yaman, mengambil jizyah dari Majusi Hajar dan kawasan pendalaman Syam.
Berdakwah kepada Hercules raja Rom, al Muqauqis raja Mesir, raja Oman, Najashi Habshah
Zaman Abu Bakar, menghantar Khalid Ibn al Walid ke Parsi dan berjaya membuka sebahagiannya.
Abu Ubadah dan beberapa sahabat ke Syam dan telah berjaya membuka kota Basrah, Damsyiq dan Hauran manakala ‘Amru Ibn al ‘As membuka Mesir.

Zaman Saidina Umar telah sempurnalah pembukaan negeri Syam dan Mesir secara keseluruhannya dan raja Parsi dimalukan dan tenteranya dikejar sehingga ke penjuru negara tersebut.
Zaman Uthman Ibn Affan empayar Islam terus berkembang sehingga ke penghujung Timur dan Barat sehingga ke sempadan China.

Raja Parsi telah dibunuh dan empayarnya terus lenyap.
Benarlah seperti hadis Rasulullah s.a.w

إن الله زوى لى الأرض مشارقها و مغاربها وسيبلغ ملك أمتى ما زوى لى منها

Sesungguhnya Allah telah menghimpunkan kepadaku bumi, Timur dan Baratnya, kerajaan umatku akan sampai kepada apa yang dikumpulkan kepadaku itu.

Janji Allah kepada orang Mukmin suatu yang kekal.
Kemenangan di zaman Khulafa’ al Rasyidun tidak mustahil akan terlaksana kepada generasi selepas mereka.

(Suntingan dari buku : Berita gembira kemenangan Islam oleh Syeikh Yusuf al Qaradhawi)

Ustaz Mohd Zalani Ibrahim

JK Isma Dungun

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat