Islam Itu Konsepnya Sederhana

Di dalam Islam kita ada kaedah jelas iaitu apa-apa pun tidak boleh lebih atau kurang. 

Kedua-duanya akan terkeluar dari sifat Islam. Sifat Islam adalah wasoto/sederhana/seimbang tidak lebih dan tidak kurang, kaedah:

  “لا إفراط ولا تفريط فى الإسلام.”

Maka di dalam kita berhadapan dengan pelbagai nikmat dan takdir Allah di dalam kehidupan ini sewajarnya kita sentiasa menjadikan kaedah ini sebagai neraca semoga kita tidak terjebak dengan kedua-dua keadaan yang terkeluar dari sifat Islam itu. 

Saya perhati kebelakangan ini sebahagian masyarakat Islam kita bersikap sangat negatif kepada telefon pintar (peranti elektronik), bagaikan telefon ini tiada faedah, manfaat kecuali keburukan. 

Sebenarnya ini melampau sama ada ke hadapan atau ke belakang yang terkeluar dari sifat Islam itu. 

Demikianlah di dalam berhadapan dengan makanan terutamanya yang dihidang secara percuma seperti budaya di majlis-majlis kenduri walimatulurus. Disebabkan nafsu makan terlalu tinggi maka berlakulah terlajak, terlebih pada menjamah makanan. Berakhir dengan datang tiga empat serangkai penyakit. 

Jadi jalan penyelesaian yang betulnya kita perlu guna akal yang waras, cuba mengekang hawa nafsu dengan dibantu oleh panduan wahyu. 

Sekarang ini jika kita perhati dan buat perbandingan di antara dua alam ini, alam nyata dan alam maya, saya yakin kelebihan berada pada alam maya berbanding alam nyata. Kelebihan pada mudah, laju, luas, banyak dan seumpamanya. 

Maka berdasarkan sudut ini amat rugilah seandainya seseorang itu mengabaikan telefon pintar yang mewakili alam maya sekarang ini. 

Jadilah orang yang bijak mampu maksimakan manfaat ini untuk kebaikan samada di dunia atau di akhirat.

Contohnya, menganjurkan kursus, diskusi, muzakarah atas talian sebenarnya termasuk di dalam memanfaatkan alam maya, media sosial atau teknologi moden.

Tidak baikkah setiap hari atau sekurang-kurangnya mingguan kita boleh menjalankan amal-amal seperti berikut? 

  1. Dakwah kitabiyyah atau penulisan.
  2. Santuni masyarakat awam yang pasti lebih ramai dari melalui alam nyata. 
  3. Pelaksanaan yang mudah tidak mengambil masa dan tenaga yang banyak. 
  4. Perkongsian yang boleh diulang-ulang berkali-kali berbeza melalui alam nyata.

Al-Fadhil Ustaz Yahaya Bin Nayan
Mudir Pusat Ilmu dan Amal (PIDA

Scroll to Top