IPOH, 8 Nov – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Shuhaib Ar-Rumy bin Selamat telah mengadakan kunjungan hormat ke Majlis Agama Islam Perak dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Rabu lalu bagi menghubungkan silaturrahim antara pihak ISMA dengan MAIPk dan bertukar-tukar buah fikiran mengenai dakwah Islamiah khususnya di negeri Perak.
Presiden ISMA turut memperkenalkan cawangan ISMA yang aktif di Perak iaitu Ipoh, Kuala Kangsar-Taiping dan Seri Iskandar serta projek-projek dakwah yang telah dilaksanakan di Perak.
“Pada masa yang sama, ISMA berbesar hati jika dapat peluang bekerjasama dalam projek dakwah antara cawangan ISMA di Perak dengan MAIPk di masa akan datang,” katanya.
Turut serta dalam kunjungan hormat ialah Setiausaha Agung ISMA, Ustaz Izzat Husman, Yang Dipertua ISMA Seri Iskandar, Jaafar Othman.