ISMA JB dan Task force C19 Sumbang pelitup muka dan PPE kepada Penjara Simpang Renggam

Johor Bahru, 5 Feb – Isma Johor Bahru dengan kerjasama Task Force C19 telah menyumbang sebanyak 1000  pelitup muka dan pakaian perlindungan diri (PPE) buat petugas barisan hadapan Penjara Simpang Renggam yang telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 1 hingga 14 Februari 2021.

Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada Sarjan Nazarudin Bin Jusoh, Pegawai Penjara Simpang Renggam di Pejabat Isma Johor Bahru tadi.

Projek Amal yang mendapat kerjasama daripada sukarelawan Task Force C19 sejak awal pandemik masih diteruskan dengan melihat kepada keperluan semasa bagi pihak yang memerlukan.

Turut hadir semasa sesi penyerahan tersebut ialah Naib Yang Dipertua Isma JB,  Mohd Khairul bin Ahmad Nordin, Fatimah Nor Huda Abdul Rashid dan Aspalela Abu Bakar wakil daripada Task Force C19 Johor.

Semoga dengan sumbangan kecil ini dapat membantu petugas barisan hadapan di sana.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat