JOHOR BAHRU, 30 Jan -Tabung Kasih Ummah telah dilancarkan oleh pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Johor Bahru (ISMA JB) semasa Mesyuarat Agung Tahunan ISMA bagi sesi 2021-2023. ‘Bantu Rakyat, Santuni Masyarakat’ merupakan slogan yang dibawa bersama-sama dengan tabung ini.
Tabung Kasih Ummah diwujudkan dengan tujuan mengumpul sumbangan daripada mereka yang prihatin untuk disumbangkan kepada golongan yang memerlukan.
Selain itu, ISMA JB mahu mengajak masyarakat untuk turut serta menyumbang melalui tabung ini sekali gus meringankan beban yang dipikul oleh mereka.
Golongan sasar yang akan menerima bantuan daripada tabung ini termasuklah mangsa bencana, golongan yang terjejas pendapatan, dan asnaf.
Bagi yang berminat untuk menyumbang, bantuan boleh disalurkan terus melalui akaun berikut:
CIMB
8603263423
ISMA DT SERVICES
Segala sumbangan hanya Allah yang dapat membalasnya.