ISMA Johor Bahru Puji Langkah Proaktif Kerajaan Negeri Tubuh PKRC Pasir Gudang

PASIR GUDANG, 12 Feb -Isma Johor Bahru memuji langkah proaktif kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri yang telah berjaya mengaktifkan pusat kuarantin tersebut dengan kemudahan yang lengkap dan selesa kepada pesakit terlibat. Ianya amat bertepatan dengan situasi semasa angka jangkitan covid19 di negeri johor yang tinggi dan daerah Johor Bahru dan Kulai masing-masing menyumbang kepada peningkatan angka tersebut.

Pada masa yang sama Isma Johor Bahru dan kumpulan sukarelawan Task Force C19 berpeluang memberikan sumbangan kelengkapan perlindungan diri kepada petugas barisan hadapan di Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid19(PKRC) Pasir Gudang yang telah mula diaktifkan bermula 10 Februari 2021.

Sumbangan sebanyak 1500 pelindung muka dan kelengkapan lain telah diserahkan oleh Muzhaffar Bin Mohd Zaki, YDP Isma Johor Bahru kepada En. Khairunizam Ahamad. Sesi penyerahan juga turut dihadiri oleh Pn Fatimah Nor Huda Abdul Rashid dan Pn Raidah Abd Rahman, wakil sukarelawan Task Force C19 Johor.

PKRC Pasir Gudang ini juga mula menerima pesakit tahap 1 dan tahap 2, iaitu mereka yang berisiko rendah dan tidak bergejala sejak mula beroperasi dan dijangka dapat menampung sehingga 1200 orang pesakit.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat