KAJANG, 1 Mei – Sempena dua minggu terakhir dalam bulan Ramadhan, ISMA Kajang dengan kerjasama Yayasan Maghfirah berkesempatan mengedarkan agihan bubur lambuk kepada seluruh masyarakat di sekitar Kajang.
Sebanyak 250 bungkusan telah diedarkan kepada penduduk di sekitar Bandar Kajang, Taman Delima, Prima Saujana, Jenaris, Sungai Kantan dan di sekitar kawasan bazar Ramadan serta kawasan kejiranan.
Menurut Naib YDP Isma Kajang, Ustaz Abdur Rahman Raji, usaha ini dilakukan bagi memupuk suasana masyarakat Melayu-Islam di daerah Kajang yang hidup dengan kecintaan kepada taqwa dan ibadah terutama di bulan Ramadan.