ISMA Mahu Negara Bebas Rasuah

KENYATAAN MEDIA

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mahu Negara Bebas Rasuah

ISMA ingin mengucapkan tahniah atas perlantikan Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani. Semoga mampu mengangkat martabat PDRM ke arah yg lebih baik, bertanggungjawab dan berprinsip.

Syabas diucapkan buat bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, atas bakti sepanjang perkhidmatannya dalam pasukan Polis Diraja Malaysia dan keberanian beliau atas pendedahan salah guna kuasa dan rasuah dalam kalangan ahli politik.

ISMA inginkan sebuah negara yang bebas dari rasuah dan segala jenis kerosakan yang akan menghancurkan negara seperti rasuah, gangsterism, melindungi penjenayah seperti dilaporkan media.

Pendirian ISMA terhadap rasuah dan segala bentuk semuanya salah, haram dan rosak tidak kira siapa pun yang terlibat samada rakyat biasa atau golongan atasan.

Rasuah politik di kalangan ahli politik pula, bukan benda baharu dan tidak perlu disorok lagi, tindakan yang tegas harus diambil tanpa pilih bulu.

Rakyat juga sudah muak dengan manipulasi orang-orang politik dan berkepentingan terhadap institusi bebas negara seperti PDRM, mahkamah dan lain-lain. Jadi perkara ini perlu dibenteras hingga ke akar umbi.

Anggota dalam kerajaan adalah orang yang paling perlu mencegah dan menolak budaya rosak ini. Ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat perlu bersuara tidak kira anda pembangkang atau kerajaan.

Manakala, sikap ahli-ahli parlimen yang berdiam diri semata-mata disebabkan mereka ahli dalam kerajaan adalah pencabulan terhadap amanah yang diberikan oleh rakyat. Lebih baik kekal menjadi pembangkang.

Di masa akan datang, ISMA berharap agar rakyat mula kenal siapa yang amanah untuk dilantik menjadi pemimpin pada pilihan raya akan datang.

Mohd Noor Azib bin Asmangi
Naib Presiden ISMA
7 Mei 2021

Scroll to Top