Isma Melaka Tengah sokong nama Bukit Melaka, sanggah MCA

Polemik pertukaran nama Bukit Sain’t Paul kepada Bukit Melaka semakin berleluasa.

Bukit ini asal miliknya Kesultanan Melayu Melaka.

Justeru usaha yang diusulkan Perzim (Perbadanan Muzium Melaka) seharusnya disokong oleh semua warganegara tanpa mengira latar belakang kaum dan bangsa.

Saya nyatakan beberapa sebab mengapa ia perlu di sokong.

1. Menjulang peradaban Melayu Nusantara.

– Agar generasi baru dapat menjiwai nilai sebenar peradaban Melayu Melaka.

2. Memperkasa identiti sebenar Sejarah Perjuangan Melayu Melaka.

– apa yang diharapkan dengan mempopularkan nama luar berbanding nama Bukit Melaka yang sinonim dengan asal usul dan sejarah kita.

3. Mengukur sejauh mana semangat patriotisme rakyat Malaysia.

– Semangat patriotisme yang perlu disanjung dan dijulang oleh semua rakyat di Malaysia dengan memperingati nilai sejarah negara berbanding mengagungkan nilai sejarah penjajah.

Namun sedikit mengecewakan saya dengan kenyataan MCA Kota Melaka yang mempertikaikan usul pertukaran nama Bukit Saint Paul kepada Bukit Melaka.

Ibarat kaduk naik junjung,
Ibarat pemandu mabuk melantak arak,

Ini perumpamaan yang boleh saya berikan kepada MCA.

Satu persoalan yang perlu kita ketahui.

Memetik penyataan Presiden ISMA

” adakah MCA lebih cintakan identiti penjajah berbanding identiti negara?”

Perlu saya ingatkan anda wahai MCA.

Ingatlah kemenangan anda disebabkan ihsan undian tempat majoriti Melayu.

Jaga tutur kata.. jangan sampai melampaui batas.

Saya selaku rakyat Melaka.. menyokong penuh usul pertukaran nama ini sebagai tanda semangat patriotisme serta cintakan identiti negara.

 

Mohammad Alif Rahman
NYDP Isma Melaka.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat