MIRI, 31 Disember – Yang Dipertua ISMA Miri, Ustaz Badrulzaman Suhaili menyatakan sokongan atas usaha 12 NGO di Miri yang membantah penganjuran Pesta Buih sempena ambang sambutan Tahun Baharu di kawan terbuka.
“Menjemput kumpulan yang terdiri daripada lelaki-lelaki yang berperwatakan seperti seorang wanita adalah sangat bertentangan dengan nilai dan norma masyarakat Muslim di Sarawak.
“Oleh itu, sangat wajar agar kumpulan yang banyak mencetuskan kontroversi dengan aksi melampau ini tidak dijemput ke Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Bantahan yang dibuat oleh 12 NGO Miri akhirnya berjaya apabila acara tersebut dibatalkan oleh pihak penganjur.
“Kita sarankan pihak berwajib memeriksa semua permohonan terlebih dahulu sebelum meluluskan penganjuran program-program hiburan di Miri. Semoga Miri sentiasa dalam naungan dan rahmat ilahi,” katanya.


