ISma Seremban Agih 100 Ekor Ayam Menjelang Ramadan

Oleh : Kaslawati Binti Kassim

SEREMBAN – 23 April, Sebanyak 100 ekor ayam segar yang berjaya diagihkan kepada masyarakat di sini sempena menyambut Ramadan 1441H ini.

Agihan ayam segar dan barang-barang keperluan harian pada hari ini meriah dengan kehadiran para penerima sumbangan yang terlebih dahulu mendapat panggilan melalui whatssap dari barisan Ajk Masjid Ibnu Khaldun.

Serahan ayam yang disumbangkan oleh beberapa orang dermawan yang pemurah sekali lagi diadakan di Rumah Makan Che Ta, di sini.

“Semoga sumbangan ini dapat sedikit sebanyak membantu mereka yang memerlukan dan memberi kegembiraan kepada mereka untuk menyambut Ramadan,” ujar Tuan Hj Norhelmi Jamil, YDP Isma Seremban tadi.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Hj Md Asna, Pengerusi Masjid Ibnu Khaldun dan para ajk masjid yang banyak membantu memudahkan agihan ini.

Turut bersama dan menjadi tunggak utama dalam majlis pada hari ini adalah Tuan Hj Zaim Shaari, Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Ikhlas.

“Moga usaha sumbangan dari masyarakat untuk masyarakat seperti ini dapat diteruskan pada bulan Ramadan ini. Mulai esok kutipan Tabung Semaian Kasih yang dilancarkan apda setiap kali Ramadan sejak empat belas tahun yang lalu insyaAllah akan dilancarkan sebagai satu usaha untuk membantu masyarakat,” ujarnya lagi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat