ISMA Sokong Penjelasan PPMM: Fatwa Liberalisme dan Pluralisme Agama Kekal Sah dan Mengikat Setiap Individu Muslim

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan yang membabitkan Fatwa Fahaman Liberalisme dan Pluralisme Agama 2014. ISMA memandang serius percubaan pihak tertentu untuk mengelirukan masyarakat dengan naratif bahawa fatwa tersebut telah dibatalkan sepenuhnya. Hakikatnya, Mahkamah hanya membatalkan sebahagian aspek teknikal pentadbiran, tetapi mengiktiraf dan mengesahkan teras utama fatwa yang menyatakan bahawa fahaman tersebut adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Scroll to Top