Isu Palestin bukan sekadar isu kemanusian

Masjid Al-Aqsa adalah milik umat Islam. Sebab itu penting, kita perlu betulkan naratif kefahaman kita bahawa apa sahaja yang berlaku di sana adalah urusan Umat Islam. Dan bukan sekadar urusan kemanusiaan semata-mata.

Bahkan meletakkannya sebagai urusan agama, bukan sahaja dapat memandu jiwa agar lebih sensitif dan sayang akan perjuangan di sana, malahan dapat juga memuluk perasaan kasih dan sayang kepada semua umat yang ada di sana.

Tidak timbul isu, bila kita pandang urusan di sana sebagai urusan Agama akan menatijahkan kita menjadi ekstrimis dan zalim.

Sebab apa?

Sebab agama ini akan memandu umatnya agar sentiasa mengutamakan kesederhanaan dalam setiap tindakan.

Hamas, sebelum melancarkan roketnya sendiri, memulakan aksinya dengan memberi amaran terlebih dahulu kepada pihak zionis.

Hanya untuk memastikan, saf hadapan yang mereka akan depani adalah benar-benar daripada jiwa yang setanding sahaja.

Tapi salah ke kalau nak pandang urusan di sana atas urusan kemanusiaan?

Tidak salah, tetapi perlu berhati-hati. Kerana urusan kemanusiaan tanpa dipandu oleh naratif agama, boleh menatijahkan perasaan normalisasi dalam diri kita yang akhirnya kita tidak dapat berpijak pada menengakkan yang hak dan meninggalkan yang batil.

 

Ustaz Muhamad Afif Bin Idris

Aktivis ISMA Nilai

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat