JEJAKA Jangan Berlagak Jadi Mangsa, Glamping With Pride Wajar Dibatalkan, Elak Normalisasi LGBTQ+

ISMA menolak keras naratif yang cuba dibina oleh pertubuhan JEJAKA seolah-olah mereka adalah mangsa kezaliman. Hakikatnya mudah dan jelas, agenda LGBTQ+ tidak pernah diundang, tidak pernah diterima dan tidak pernah sesuai di Malaysia.

Malaysia mempunyai identiti yang jelas. Islam adalah agama Persekutuan, dan nilai Melayu-Islam menjadi teras pembentukan masyarakat serta undang-undang negara. Gaya hidup dan ideologi LGBTQ+ langsung tidak diiktiraf dalam ajaran Islam mahupun adat Melayu, dan cubaan untuk menormalisasikannya, sama ada secara terbuka atau terselindung, adalah wajib ditolak.

Pembatalan program “Glamping with Pride” bukan satu penindasan, tetapi keputusan yang wajar dan bertanggungjawab. Program sebegini bukan sekadar aktiviti rekreasi, sebaliknya membawa agenda normalisasi yang boleh mengelirukan remaja dan anak muda yang masih berada dalam fasa pencarian identiti serta mudah terpengaruh.

JEJAKA seharusnya berasa malu kerana terus memaksa penerimaan terhadap sesuatu yang jelas ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia. Menyalahkan masyarakat, pihak berkuasa atau sentimen awam tidak akan mengubah realiti bahawa Malaysia berhak mempertahankan nilai, agama dan masa depan generasinya.

Ini bukan soal kebencian, tetapi soal garis merah yang tidak boleh dilanggar.

JEJAKA harus sedar bahawa mereka bukan pejuang hak, tetapi penyebar kekeliruan identiti. Agenda ini wajar dibatalkan dengan rasa malu, bukan dipertahankan dengan angkuh.

Mohammad Riduan bin Muhammad
Naib Presiden ISMA

Scroll to Top