PUCHONG, 2 April – Simpati dengan nasib yang menimpa mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights pada 1 April lalu, Kelab Nazim Kota Raja bersama Kelab Nazim Subang Jaya telah mengadakan program Santuni Anak-anak Bencana Putra Height yang bertempat di dewan Masjid Putra Heights.
Menurut Pengarah program Farhana Aqilah Aqiludeen, aktiviti ini bertujuan memberikan sokongan moral kepada 40 orang kanak-kanak yang terjejas bagi meredakan perasaan dan mengalihkan perhatian mereka dari trauma kejadian.
“Program yang berlangsung selama lebih kurang dua jam ini mengumpulkan kanak-kanak dari pelbagai peringkat umur bertujuan untuk memberi sokongan moral dan semangat kepada mereka. Selain itu juga untuk mengeratkn ukhuwah sesama mereka,” katanya seusai selesai program.
“Sesi bermula dengan pemberian kit al-Fatihah dari Kelab NAZIM dan Ustaz Azfar Mohammadiah yang merupakan fasilitator utama memulakan program dengan sesi bercerita diiringi dengan muzik sebagai penambah ceria pada anak-anak.
Selepas itu, sesi melukis turut dijalankan bersama aktviti tahsin dan tadabbur surah Al-Fatihah bertujuan untuk memperkukuhkan bacaan dan pemahaman mereka terhadap surah tersebut.
Program yang mendapat sokongan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pengurusan Masjid Putra Height ini berakhir dengan sumbangan cenderahati kepada kanak-kanak yang terlibat hasil sumbangan dari orang ramai.