KENYATAAN MEDIA : BN Johor Perlu Buktikan Manifesto dan Bela Hak Melayu Islam

KENYATAAN MEDIA 

BN Johor Perlu Buktikan Manifesto dan Bela Hak Melayu Islam

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengucapkan tahniah kepada calon yang telah berjaya memenangi Pilihanraya Negeri (PRN) Johor semalam, khususnya Barisan Nasional yang berjaya menubuhkan kerajaan negeri dengan majoriti lebih 2/3

Ini adalah waktu untuk kerajaan Barisan Nasional membuktikan samada mereka mampu menstabilkan politik negeri Johor seperti yang dijanjikan dalam manifesto kempen mereka. Keadaan kebanyakan negeri-negeri di Malaysia terumbang-ambing setelah Pilihanraya Umum (PRU) yang lalu.

ISMA mengharapkan agar kerajaan negeri lebih perihatin kepada nasib Melayu & Islam di negeri Johor. Peranan sebagai kerajaan negeri perlu digunakan untuk mengukuhkan kedudukan Melayu dan Islam selaras dengan Perlembagaan Negara dan Wasiat Raja-Raja Melayu.

ISMA juga berharap agar parti pemerintah tidak meluntukan kepercayaan rakyat dengan bersikap pecah amanah dan khianat terhadap bangsa dan agama. Seandainya ini berlaku, ISMA yakin bahawa rakyat akan bertindak menghukum pemerintah yang khianat ini pada PRU ke 16 nanti.

Di samping mempersiapkan diri utk memerintah negeri Johor, adalah penting utk pimpinan BN khususnya pimpinan Umno utk menyelami mesej-mesej tersirat yg disampaikan oleh pengundi Melayu Islam melalui PRN ini. Ini agar kehendak Melayu Islam sentiasa diambil kira dalam segenap tindak tanduk pentadbiran negeri.

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Presiden Isma
14 Mac 2022

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat