Kenyataan Media iGuru
i-GURU gesa kerajaan bantu Pengusaha Bas Sekolah dan Kantin
1. iGuru mengambil maklum isu penutupan sekolah oleh pihak KPM dan sesi pembelajaran secara PdPr. Ini kerana keselamatan dan kesihatan murid perlu diutamakan lebih-lebih lagi keadaan yang tidak menentu tentang pertambahan bilangan jangkitan virus covid 19 di beberapa lokasi.
2. Namun satu hal yang jelas ialah banyak pengusaha bas dan kantin sekolah yang terjejas akibat penutupan sesi persekolahan. Ini menyebabkan pihak pengusaha kantin dan bas menghadapi kesukaran terutama untuk membayar gaji pekerja di bawah mereka. Iguru menggesa tempoh moratorium dilanjutkan dan distrukturkan semula untuk tempoh 6 bulan lagi meskipun kerajaan telah mengumumkan pengecualian cukai bagi pembelian bas baharu. Ini kerana dalam situasi sekarang, rata-rata pengusaha bas tidak memerlukan bas baharu.
3. iGuru menggesa pihak kerajaan membantu pengusaha kantin dengan pemberian geran khas kepada pengusaha kantin demi menyelamatkan pekerja dari diberhentikan yang ratanya dari mereka dari kalangan B40.
4. iGuru juga meminta pihak kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia menangani isu ini dengan menyediakan skim bantuan bagi mengelakkan syarikat bas sekolah menanggung risiko gulung tikar . Ini kerana mereka terpaksa menanggung kos operasi walaupun ketika cuti sekolah apatah lagi jika tiada ibubapa yang mahu membayar yuran akibat penutupan sekolah.
5. iGuru bimbang keadaan ini menyebabkan ibubapa menghadapi kesukaran mengdapatkan perkhidmatan bas sekolah untuk sesi persekolahan tahun hadapan. I-Guru berharap keprihatan pihak kerajaan terhadap pengusaha bas dan kantin sekolah dapat menyelamatkan mereka dari berdepan masalah ekonomi yang sukar.
Mohd Azizee bin Hasan
Presiden iGuru
24 November 2020