KENYATAAN MEDIA : ISMA Desak Kerajaan Malaysia Tarik Sokongan ‘Two State Solution’

KENYATAAN MEDIA

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Desak Kerajaan Malaysia Tarik Sokongan ‘Two State Solution’

ISMA mendesak supaya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menarik semula kenyataan menyokong ‘Two State Solution’ kerana Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah.

ISMA juga menegaskan bahawa, menyokong idea ‘Two State Solution’ ini memberi isyarat bahawa Tan Sri Muhyidin Yasin mengiktiraf pencerobohan haram oleh Zionis ke atas negara Palestin dan membenarkan pembunuhan besar-besaran.
Perkara ini juga memberi tanda bahawa pendirian Perdana Menteri lemah dan membawa kepada persoalan apakah pendirian Malaysia terhadap normalisasi Israel di masa akan datang?

Perdana Menteri juga seolah-olah mengambil pendirian cuba berdamai dengan semua pihak termasuk Israel, jadi segala kutukan yang dikeluarkan terhadap Israel dan bantuan kepada Palestin tidak ada maknanya dengan penerimaan idea penyelesaian dua negara.

Bahkan penerimaan idea ini juga bakal membunuh semangat juang rakyat Palestin yang sudah berdekad lamanya berjuang mempertahankan tanah wakaf umat Islam di Al-Quds, Gaza dan Palestin.

Sedangkan, Israel ketika ini berada dalam keadaan lemah dari pelbagai sudut kerana menghadapi serangan daripada pejuang Palestin.

Sekali lagi, ISMA dengan ini mendesak kerajaan Malaysia menurut perkara berikut:

1. Meneruskan polisi tiada hubungan diplomatik dengan Israel
2. Menarik balik kenyataan menerima formula ‘Two Sate Solution’
3. Mengambil langkah tegas untuk menolak normalisasi Israel
4. Memberikan bantuan kemanusiaan dan pembangunan semula Palestin
5.Melobi negara serantau terutamanya Indonesia untuk sama-sama menolak normalisasi Israel

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Presiden ISMA
16 Mei 2021

Scroll to Top