KENYATAAN MEDIA : Isma Harap Perluas Ketetapan Aktiviti di Masjid dan Surau ke seluruh Negeri

KENYATAAN MEDIA

Isma Harap Perluas Ketetapan Aktiviti di Masjid dan Surau ke seluruh Negeri

1. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menyambut baik dan menyokong ketetapan aktiviti pengimarahan di masjid dan surau oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bermula bulan hadapan.

2. Keputusan ini juga memberikan khabar gembira buat umat Islam yang bakal menyambut kehadiran bulan Ramadan dan Syawal.

3. Isma juga menyeru kepada pihak berkuasa agama Islam negeri di seluruh Malaysia agar mengikut ketetapan aktiviti pengimarahan di masjid dan surau seperti JAWI.

4. Isma juga berharap agar umat Islam dapat menggunakan kesempatan ini untuk kembali mengimarahkan masjid dan surau dengan pelbagai aktiviti seperti tadarus al-Quran, solat tarawih, ceramah agama, majlis berbuka puasa dan pelbagai lagi aktiviti terutama di bulan Ramadan ini setelah hampir dua tahun menjalani fasa pandemik.

5. Semoga umat Islam dan rakyat Malaysia terus terpelihara daripada jangkitan Covid-19.

 

Mohd Noor Azib Asmangi
Naib Presiden (Dakwah) Ikatan Muslimin Malaysia
17 Mac 2022

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat