KENYATAAN MEDIA : ISMA Konsisten Menolak UEC

KENYATAAN MEDIA 

ISMA Konsisten Menolak UEC

1.Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sejak dahulu sehingga hari ini konsisten menolak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tidak kira parti mana yang memerintah.

2. Tindakan Dong Zong yang begitu cepat mendesak pengiktirafan UEC kerana ingin mengambil peluang dari manifesto parti Pakatan Harapan (PH) dan juga sikap keterbukaan Perdana Menteri ke-10 dalam mendengar semua pandangan.

3. ISMA berharap Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak melayan tuntutan mengiktiraf UEC.

4. ISMA berpendapat pengiktirafan UEC bakal mewujudkan dua sistem atau dua Dasar Pendidikan dalam sesebuah negara dan perkara ini tidak selari dengan semangat perpaduan yang menjadikan keluhuran perlembagaan sebagai teras negara.

Mohd Noor Azib bin Asmangi
Naib Presiden ISMA
29 November 2022

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat