KENYATAAN MEDIA : ISMA Sokong Tutup Terus Kelab Malam Crackhouse Comedy

KENYATAAN MEDIA
ISMA Sokong Tutup Terus Kelab Malam Crackhouse Comedy

ISMA menyokong agar tindakan tegas diambil kepada individu yang mempersendakan agama Islam dalam persembahan komedi di kelab malam Crackhouse Comedy baru-baru ini. Tindakan wanita muslim yang mengaku hafaz 15 juzuk al- Quran kemudian dengan bangga membuka pakaian dan tudung adalah sangat tidak bermaruah.
{ وَلَىِٕن سَأَلۡتَهُمۡ لَیَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلۡعَبُۚ قُلۡ أَبِٱللَّهِ وَءَایَـٰتِهِۦ وَرَسُولِهِۦ كُنتُمۡ تَسۡتَهۡزِءُونَ }
[Surah At-Tawbah: 65]
Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main”. Katakanlah: “Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?”
ISMA juga berpandangan kelab malam Crackhouse Comedy juga wajar ditutup terus kerana sangat tidak bertanggungjawab setelah beberapa kali menjadi tempat penganjuran persembahan komedi yang menghina agama dan orang Melayu.
Yang terbaru, tangkapan layar seorang pelawak meminta penonton wanita muslim yang hadir membukakan penutup minuman keras (beer) juga merupakan sesuatu yang sangat tidak wajar dan tidak sensitif.
Perihal minuman arak yang terang-terang bertentangan dengan agama Islam dan tatasusila budaya, tindakan tersebut bukan sahaja menghina kehormatan agama Islam tetapi satu penghinaan terhadap masyarakat muslim keseluruhannya.
ISMA menyeru umat Islam agar tidak berkompromi dengan sebarang aktiviti mempersendakan kesucian agama Islam dan seterusnya menyeru agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap premis dan pemilik kelab komedi tersebut.

Mohd Noor Azib Asmangi
Naib Presiden (Dakwah) ISMA
16 Julai 2022

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat