KENYATAAN MEDIA
Kempen Solidariti Pembebasan Palestin : Sebarkan Kemenangan, Akhiri Penjajahan
1. Operasi ketenteraan yang dinamakan Taufan Al-Aqsa oleh tentera Briged Al-Qassam pada pagi sabtu 7 Oktober lalu mengejutkan pihak musuh Israel, menjadikan penduduk Tel Aviv dan barisan pertahanan rejim Zionis menjadi huru-hara.
2. Melihat kepada perkembangan terkini, Briged Al-Qassam telah berjaya menembusi ke kawasan-kawasan penempatan haram Israel di Tel Aviv juga lokasi rahsia ketenteraan Israel menjadikan mereka lebih tertekan dengan penahanan pimpinan tertinggi ketenteraan Israel.
3. Respon dunia barat terutamanya Amerika dan Kerajaan United Kingdom ternyata retorik belaka, mereka melaungkan hak asasi manusia tetapi membantu Israel dalam perang Palestin-Israel dengan menggerakkan aset perang.
4. Sepanjang 75 tahun tiada sebarang intervensi bermakna untuk membantu rakyat Palestin keluar daripada penindasan ini, bahkan penganiayaan ini disokong oleh negara-negara veto dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hanya membisu.
5. Jalan damai yang diberikan hanyalah Solusi dua negara (Two State Solution), sempadan ciptaan Amerika dan British melalui segala perjanjian, bukanlah jalan keluar pilihan umat Islam.
6. Analisis terhadap Operasi Ketenteraan Taufan Al-Aqsa dilihat telah mengagalkan normalisasi Israel apabila beberapa negara yang sedang dalam proses normalisasi bersama Israel menarik diri daripada rundingan.
7. Seterusnya rundingan demi rundingan sehingga membawa ke komuniti antarabangsa adalah sia-sia belaka kerana puluhan resolusi PBB tidak pernah didendahkan oleh Israel. Bahkan Amerika, British, Perancis, Jerman dan negara-negara kuasa besar terus mempermainkan rakyat Palestin dan negara-negara Islamnya tidak mampu menongkah arus. Jadi pengajaran keras perlu diberi untuk megimbangi kedaulatan Palestin bagi menamatkan 75 tahun Nakbah.
8. Selain itu, operasi Ketenteraan Taufan Al-Aqsa membawa mesej jihad pembebasan Masjid Al-Aqsa yang sering kali diceroboh oleh tentera rejim Zionis.
9. Merasai keperitan yang dihadapi oleh rakyat Palestin hari ini, satu gabungan Solidariti Pembebasan Palestin ditubuhkan yang disertai oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aman Palestin, Gabungan Ahli Sunnah Malaysia (GAMSA), Persatuan Belia Islam Malaysia (Pembina), Majlis Ulama ISMA (MUIS), Kelab Perwira, Zaaba Institue, Gerakan Pengundi Sedar (GPS), Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Arus Baru, Silat Hang Tuah, Ikatan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (i-Peguam) dan Persatuan Bina Seni dan Budaya (PERSENI).
10. Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin ini akan menjalankan Kempen Solidariti Pembebasan Palestin selama dua bulan. Antara aktiviti yang akan dilaksanakan adalah wacana Palestin di pelbagai peringkat, ceramah, jualan amal dan kutipan RM 20 juta sumbangan daripada masyarakat awam melalui akaun Aman Palestin Berhad untuk keperluan umat Islam di Palestin.
11. Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin juga akan melancarkan kempen kesiapsiagaan dalam kalangan masyarakat Islam dengan menganjurkan beberapa aktiviti seperti berpuasa, kempen berjimat dalam belanja rumah dan seumpamanya dengan tujuan agar masyarakat di Malaysia merasai keperitan yang sama sedang dihadapi oleh penduduk Palestin.
12. Di samping itu, satu usaha melobi dan menggesa pihak kerajaan dan badan-badan antarabangsa akan dijalankan bagi memaksa pihak kerajaan dan badan-badan antarabangsa tersebut melakukan sesuatu ke arah pembebasan Palestin.
13. Kemuncak kepada Kempen Solidariti pembebasan Palestin adalah Konvensyen 75 Tahun Nakbah Palestin.
14. Akhir sekali, sebagai umat Islam, marilah bersama-sama menjayakan dan melibatkan diri dalam kempen ini. Seruan juga kepada individu dan organisasi dalam masyarakat untuk menyertai Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin. Tidak lupa juga berdoa dan bermunajat kepada Allah kemenangan untuk Palestin.
Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengarah Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin
14 Oktober 2023