KENYATAAN MEDIA
Keputusan KKM meminda RUU akan menjejaskan pembentukan generasi Ummah Fadhilah yang sihat & produktif
1. Pemuda ISMA membantah keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang meminda Rang Undang-Undang berkaitan nikotin di dalam vape kerana perkara ini akan membuka dan merancakkan lagi pasaran vape di Malaysia.
2. KKM seharusnya mengambil keputusan tegas menghalang penggunaan atau menutup ruang pasaran vape yang telah diketahui mempunyai kesan yang buruk kepada kesihatan.
3. Pemuda ISMA juga berpendapat keputusan ini adalah sesuatu yang bertentangan dengan peranan KKM yang menganjurkan cara hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat khususnya golongan belia.
4. Pemuda ISMA juga khuatir, keputusan gelojoh KKM ini akan mengundang kesan negatif kepada pembentukan generasi Ummah Fadhilah yang sihat dan produktif. Soalnya, adakah KKM sendiri bersedia menanggung akibat 300,000 pelajar sekolah dan pemuda yang telah terjebak dengan penggunaan vape.
5. Pemuda ISMA juga ingin tekankan, apakah keputusan ini akan membantu pembentukan pemuda yang bakal menjadi pewaris kepimpinan negara?
6. Pemuda merupakan generasi masa depan yang penting bagi kemajuan dan keberhasilan negara. Oleh karena itu, suatu yang sangat penting bagi pemuda untuk menjadi sihat dan produktif agar dapat menyumbang secara positif dalam masyarakat.
7. Pemuda juga harus menjadi contoh kepada generasi yang lebih muda dengan hidup sihat dan aktif, dengan cara menghindari rokok dan penggunaan vape.
8. Pemuda yang sihat dan produktif akan memiliki peluang lebih besar dalam mencapai tujuan dan cita-cita mereka, serta memberikan sumbangan positif bagi masyarakat dan bangsa.
9. Pemuda ISMA ingin menegaskan sekali lagi kepada pihak kerajaan agar dapat menarik semula pindaan rang undang-undang tersebut demi kebaikan rakyat keseluruhannya.
M Riduan Muhammad
Ketua Pemuda ISMA
4 April 2023