KENYATAAN MEDIA : Menukar nama Jalan Temiang kepada pengasas DAP satu proses pencairan identiti negara

KENYATAAN MEDIA
Menukar nama Jalan Temiang kepada pengasas DAP satu proses pencairan identiti negara

1. ISMA berpendapat keputusan kerajaan Negeri Sembilan menukar nama Jalan Temiang kepada nama mendiang Dr Chen Man Hin, pengasas Parti Tindakan Demokratik (DAP) merupakan satu proses mengasak secara halus dalam mengukuhkan objektif terakhir mereka iaitu mengubah identiti negara.

2. Malaysia didirikan atas identiti Islam adalah agama Persekutuan dan seharusnya negara mesti selari dengan segala syiar, simbol, imej dan identitinya.

3. Ahli politik Melayu Islam tidak sepatutnya seperti lembu dicucuk hidung, menyambung hayat kepada projek Malaysian Malaysia DAP yang sudah hampir mati ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia.

4. ISMA mengikuti segala tindak-tanduk parti DAP yang sering kali bersikap alergi dengan identiti negara seperti tulisan jawi. Oleh itu ISMA ingin menegaskan bahawa setiap rakyat Malaysia harus mempertahankan identiti asal negara.

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia
16 Februari 2023

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat