KENYATAAN MEDIA : Pemuda Isma Kerah 1000 orang sukarelawan bantu cuci rumah mangsa banjir

KENYATAAN MEDIA

PEMUDA ISMA KERAH 1000 ORANG SUKARELAWAN BANTU CUCI RUMAH MANGSA BANJIR

1. Bencana banjir yang melanda banyak negeri membuatkan Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) terpanggil untuk membantu mereka yang terjejas.

2. Pemuda Isma melalui skuad Relawan Muda Isma telah menggerakkan 200 orang sukarelawan pada satu-satu masa ke kawasan berbeza seperti Hulu Langat, Bangi Lama, Sepang, Dengkil, Shah Alam, Meru, Ijok, Alor Gajah, Sg Lui, Sg Sekamat, Raub, Bentong, Kuantan, Seremban dan Rembau untuk membantu mencuci rumah mangsa banjir.

3. Jumlah sukarelawan akan bertambah ke 1000 orang menjelang hujung minggu ini.

4. Disamping itu, Pemuda Isma menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir seperti alatan kebersihan kendiri (syampu, berus gigi, sabun mandi, ubat, hand sanitizer, saliva test kit), kelengkapan tidur (tilam, bantal, selimut), makanan siap masak dan Kit Emosi (modul untuk kanak-kanak bersekolah rendah & tadika) di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Banjir dan ke rumah mangsa banjir.

5. Sukarelawan juga turut membantu membersihkan masjid dan tempat awam serta membantu mangsa banjir membaiki peralatan rumah dan elektrik.

5. Antara bantuan lain adalah bekalan air bersih ke kawasan yang terputus bekalan air seperti di Raub dan Bentong.

6. Pemuda Isma turut bekerjasama dengan Yayasan Maghfirah, Yayasan Ikhlas, Ikatan Pengamal Perubatan Dan Kesihatan Muslim Malaysia (I – Medik), Srikandi Iffah Komuniti Teknikal Islam Malaysia (KomTech) dan Kolej Komuniti Hulu Langat.

7. Pemuda Isma juga merayu kepada orang ramai untuk sama-sama menyumbang untuk operasi bencana ini melalui akaun Persatuan Sukarelawan Isma ( CIMB – 8604718222).

Arifin Manan
Ketua Pemuda Isma
22 Disember 2021

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat