KENYATAAN MEDIA
Pertahan Akidah Tiga Kanak-kanak Mualaf
1. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menghormati keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan bahawa kanak-kanak mualaf diberikan kepada ibunya, Loh Siew Hong.
2. Isma memahami yang keislaman ketiga kanak-kanak ini sah mengikut undang-undang kerajaan negeri Perlis yang telah menetapkan bahawa salah seorang, ibu atau bapa bersetuju untuk meluluskan permohonan masuk Islam anak-anak.
3. Jadi, Isma akan berusaha membantu pihak berkuasa agama untuk terus memastikan pengamalan ketiga-tiga kanak-kanak ini kekal walaupun dalam jagaan ibu mereka.
4. Bagi pemimpin parti politik, terutama DAP berhenti membuat sebarang provokasi palsu yang menampakkan institusi agama dan orang-orang Islam itu kejam, seolah-olah berlaku penculikan dan paksaan beragama terhadap kanak-kanak tersebut.
5. Isma juga menyeru kepada semua ahli politik Islam tidak mengira parti agar memelihara akidah kanak-kanak yang telah menyatakan keislaman mereka secara sukarela.
6. Perkembangan terkini melihatkan ibu kanak-kanak ini akan mencabar penukaran agama di mahkamah, justerus Isma menyeru kepada semua umat Islam untuk sama-sama mempertahankan akidah kanak-kanak ini dalam apa jua cara sekalipun.
Mohd Noor Azib bin Asmangi
Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia
22 Februari 2022