Kepimpinan PEMBINA di Peringkat Nasional

Alhamdulillah, saya telah berkesempatan merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan Kebangsaan (MATK) Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) yang ke-17 pada 27 April yang lepas. Sebagai sebahagian dari generasi awal pengasas pertubuhan belia yang terkemuka ini, saya telah mengingatkan semua ahli dan barisan kepimpinan PEMBINA supaya mempunyai kefahaman yang jelas tentang “Apa Erti Saya Menjadi Ahli PEMBINA?”.

PEMBINA bukan sekadar persatuan biasa, bukan sekadar tempat berkawan, bukan sekadar merit, bukan sekadar pelengkap resume ataupun bukan sekadar batu loncatan, malah ia lebih besar dari itu. Di PEMBINA kita belajar untuk tidak hanya mengejar ijazah malah mendukung risalah di dalam kehidupan. Hidup bukan untuk diri sendiri dan keluarga malah mewaqafkan kehidupan ini untuk menyempurnakan tujuan asal kejadian manusia sebagai khalifah bagi menyampaikan risalah Allah.

Saya berharap pengertian-pengertian ini masih kekal dalam setiap kehidupan dan sanubari setiap ahli di segenap peringkat dan lapis kepimpinan PEMBINA. Namun cabaran dan ancaman sekarang sudah berbeza, tidak cukup dgn pengalaman lalu, bahkan kita perlu lebih cepat mematangkan diri, setanding dgn ancaman agenda musuh. PEMBINA perlu membesarkan cita-cita. Kepimpinan PEMBINA tidak boleh hanya berlegar di tahap kepimpinan cawangan dan IPT sahaja. PEMBINA perlu mula membina kepimpinan di peringkat nasional dan negara.

Mohd Nasrul Muhaimin Mohd Taib
Naib Presiden ISMA (Ketua Jabatan Pembangunan Sumber Insan)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat