Oleh : Mohd Khairul bin Ahmad Nordin
KOTA MASAI, 9 Okt – Kelab Remaja Isma (KRIM) Johor Bahru malam tadi telah mengadakan Riadah Futsal bertempat di Gelanggang Futsal Ciku, Kota Masai.
Sesi riadah tersebut telah dihadiri kira-kira 20 remaja lelaki itu dimulakan dengan pemanasan badan dan perlawanan persahabatan melibatkan semua remaja yang hadir.
Penyelaras program, Hafiz Johar berkata program itu merupakan program julung kali diadakan di kawasan tersebut dan tidak menyangka mendapat sambutan baik daripada remaja setempat. Sesi tersebut turut dihadiri oleh Fhirdaus Zainal Abidin, Ketua Pemuda Isma Johor Bahru dan sempat menyampaikan beberapa pesanan kepada remaja terlibat.
Kelab Remaja Isma(KRIM) sentiasa bergerak aktif dalam menjalankan pelbagai aktiviti bagi menyantuni lebih ramai remaja dan mengajak mereka menjalankan aktiviti yang bermanfaat. Optimis dengan pembinaan jati diri remaja yang baik akan dapat melahirkan anggota masyarakat yang lebih unggul dan beragenda.
Kelab Remaja Isma(KRIM) turut membuka keahlian kelab kepada remaja lelaki dan perempuan berumur 13 – 18 Tahun dan mereka yang berminat untuk sertai sebarang aktiviti boleh mendaftar di http://bit.ly/daftarahlikrimjohor.