Tindakan seorang majikan yang memukul dua orang pekerja muslim yang merupakan bodygurd adalah satu perbuatan yang melampau dan ianya merupakan satu penghinaan, penindasan dan pencabulan terhadap hak individu yang telah dijamin oleh Perlembagaan. Perkara ini tidak sepatutnya terjadi kepada penganut Islam di dalam sebuah negara Islam yang berdaulat seperti Malaysia.
Malahan, majikannya juga turut memeras ugut mangsa yang berpuasa itu supaya meninggalkan perintah Allah, dan perkara itu boleh dianggap sebagai suatu penghinaan terhadap agama Islam yang merupakan agama persekutan bagi negara kita.
Keteguhan hati kedua-dua ‘bodyguard’ untuk melaksanakan kewajipan berpuasa walaupun berhadapan dengan ugutan dan intimidasi dari majikan wajar dipuji dan dijadikan sumber inspirasi.
Pada masa yang sama pihak berkuasa diminta mengambil tindakan yang tegas tanpa kompromi terhadap majikan yang terlibat supaya menjadi pengajaran kepada majikan-majikan yang lain.
Kerajaan dan SUKAHAM juga perlu mengambil langkah proaktif dengan menambahbaik peraturan-peraturan dan akta-akta berkait dengan hak-hak pekerja, khususnya pekerja Islam, disemua sektor pekerjaan supaya tidak dinafikan hak mereka untuk melaksanakan tuntutan agama serta dilayan sewenang-wenangnya oleh majikan.
Dr. Ahmad Kamsani Samingan
Timbalan Presiden ISMA
15 April 2021