MALAKAT MALL: MERCU TANDA BAHARU EKONOMI ISLAM

1. Sebagai golongan tonggak di Tanah Melayu (Malaysia), wajarlah umat Islam mempunyai kekuatan ekonomi tersendiri yang menjana kemakmuran untuk seluruh rakyat. Kalau anda biasa dengar nama besar ekonomi Islam seperti Tabung Haji, Bank Islam, dan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, kini ada pemain baharu, iaitu Malakat Mall.

2. Semalam (4 Mac 2020), saya sempat melawat Malakat Mall yang terletak 500 meter dari Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya. Keadaannya sibuk dengan kerja renovation, kerana mengejar tarikh pelancaran 13 Mac 2020. Setelah meminta izin masuk, alhamdulillah, seorang pegawai dari syarikat pengurusan Malakat Mall sudi membawa kami melawat seluruh pasaraya itu.

3. Bangunan tiga tingkat itu mempunyai banyak jenama menarik, seperti hyperruncit Raudhah Grocer, kedai boba Tea Amo, kedai hardware DIY Malaya, kafeteria Bunch Oh, kedai fesyen TGM dan kedai sukan Tahan Sports. Semua jenama ini ibarat alternatif kepada jenama terkenal sedia ada.

4. Khabarnya, Malakat Mall juga sudah mendapat kebenaran JAIS untuk mengadakan solat Jumaat dan solat tarawih. So, lepas ini, anda boleh solat tarawih di Mall!

5. Empat perkara yang menarik di Malakat Mall adalah:

a) Restoren Halal Fine Dining 4 Bintang, Casa De Madani yang mempertaruhkan Chef Azizan Shukri, seorang Chef yang dikatakan pernah dinobat sebagai salah seorang 500 chef terbaik dunia.

b) Kadar sewa kedai Malakat Mall adalah 20% dari jualan peniaga. Polisi ini mungkin membantu syarikat start-up dan SME.

c) Terdapat ruang makan terbuka yang serupa dengan The Curve. Ia adalah satu lorong open air yang kiri dan kanannya tersedia pelbagai restoren.

d) Ada permainan flying fox dan wall climbing dalam pasaraya ini.

6. Malakat Mall dijangka mengetengahkan produk berkualiti Muslim yang jarang mendapat tempat di pasaran lain. Saya sempat melihat produk-produknya di pejabat Malakat Mall. Kebanyakannya sudah ada sijil Halal. Dan hampir semua produk itu tidak pernah saya temui. Dalam hati, saya terdetik, “Banyak rupanya produk berkualiti umat Islam…”.

7. Malakat Mall adalah manifestasi kefahaman Islam yang syumul, iaitu perjuangan menegakkan ekonomi Islam. Jika usaha pertama ini berjaya, ia akan dikembangkan hingga mencapai 100 cawangan di seluruh negara. Umat Islam wajar menyertai gerakan ini, samada melalui penyertaan saham mahupun menyalurkan kuasa beli mereka ke pasaraya ini. Semoga projek yang lahir dari hati sanubari umat ini terus maju dan menjadi pemain utama ekonomi Malaysia, insyaAllah.

Ustaz Bilal Jailani

Aktivis Isma

Eksekutif Halal HDC

#IngatHalalIngatBilal

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat