Malaysia Perlu Ubah Kepada Dasar Berani dan Ofensif Hadapi Ancaman Laut China Selatan.

BANGI, 11 Nov – Melihat kepada peningkatan statistik dan risiko pencerobohan di laut china selatan sejak tahun 2016, Malaysia perlu mengubah dasar ‘defence dan diplomacy’ kepada dasar yang lebih berani dan ofensif, iaitu dengan memperuntukkan bajet yang lebih besar untuk pembaharuan teknologi aset pertahanan ulas Penasihat Hal Ehwal Strategik Isma, Ir. Mohd Khoushaini Mohd Naim.

Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperuntukkan sebanyak RM 21.2 bilion kepada Kementerian Pertahanan (MINDEF), menurun kepada 5.04 peratus daripada keseluruhan belanjawan negara.

“Sekiranya Malaysia dapat meningkatkan bajet pertahanan pada sekitar 2 peratus daripada keluaran dalam negeri kasar (KDNK) iaitu sekitar USD 8 bilion setahun, banyak aspek pengupayaan pertahanan negara dapat ditingkatkan seperti menambah bilangan tentera aktif, memperkasa aset peralatan tentera supaya lebih canggih dan moden, pembinaan kem tentera yang lebih strategik dan juga aset keselamatan siber dapat ditambahbaik,” katanya.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri dalam Sidang Kemuncak ASEAN baru-baru ini telah mengumumkan bahawa blok serantau dan China telah bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian mengenai Laut China Selatan melalui rundingan dan diplomasi.

Ir. Khoushaini menegaskan, Malaysia boleh mengubah kepada dasar yang lebih berani dan meningkatkan lagi pengupayaan pertahanan selari dengan ancaman risiko di laut china selatan agar kekal sebagai negara yang kuat, maju dan berdaulat.

Ir. Hj. Mohd Khoushaini Mohd Naim
Penasihat Hal Ehwal Strategik ISMA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat