Malaysiakini dan Islamofobia

Jika lihat gambar rajah pertama yang dimuat turun dari channel Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN) tuan puan boleh lihat terdapat 5 kluster yang disenaraikan sebagai pembawa kes Covid-19 (tanpa langsung menyebut kluster tabligh di Sri Petaling). 3 dari kesemua kluster tersebut iaitu :

– Kluster PUI Itali
– Kluster Persidangan Gereja Sarawak
– Kluster PUI Bali

..telah direkodkan sehingga semalam, 14 April 2020 mengakibatkan sekurang-kurangnya satu kematian.

Rajah 1

Lihat pula gambar rajah kedua. Azlan Zamhari, seorang jurnalis Malaysiakini adalah orang yang bertanggungjawab membuat graf statistik kematian Covid-19 sejak awal wabak ini bermula. Jadi bukan baru semalam dia menyusun data, dah lama. Tuan puan sila tengok apa yang pelik dengan graf ciptaan Azlan ini.

 

Betul. Kluster Tabligh juga yang tetap mendapat ‘nama’. Dah ada 9 kes kematian dari kluster lain pun masih mereka nak menjaja nama Tabligh. Mana pergi kolum untuk kluster-kluster baharu yang turut menyumbang kepada kes kematian sejak 5 April lalu? Kenapa susah sangat nak selitkan kluster selain kluster dari Sri Petaling?

Nyata, fakta yang diseleweng !

Jujur saya kata Malaysiakini bukan sahaja tekun mempromosi jenama Tabligh secara negatif & ekstrem, tapi berniat jahat untuk memburukkan Islam dan penganutnya. Mereka mahu mencetuskan stigma negatif dalam kalangan pembaca terhadap agama Islam secara umum.

Pembaca-pembaca portal berita ini boleh jadi mereka yang sudah pun anti-Islam, bukan Muslim atau jahil tentang Islam. Apa kesimpulan yang mereka dapat jika bergantung sepenuhnya pada maklumat di gambar rajah tersebut?

Adakah akan lahir lebih ramai ektremis dan pengganas agama sepertimana yang berlaku di Amerika Syarikat, India dan China? Apakah akan terjadi Muslim ban di tanah air kita sendiri – mahupun pembersihan etnik secara terancang asbab ‘ketakutan’ daripada “creeping Islamisation” (saya quote dakwaan Zurairi AR) di Malaysia?

Malaysiakini bukan sekali pernah mencetuskan bibit-bibit kemarahan dan menaikkan rasa mual orang awam terhadap penganut agama Islam, tetapi sudah banyak kali. Tuan puan kalau terbiasa baca berita dari portal berita biadap ini mesti sudah masak dengan tindakan rasis dan Islamofobia yang selalu dipaparkan di dalam artikel mereka.

Terkini, naik semula berita mengenai seorang Menteri di Indonesia yang dijangkiti wabak Corona pada bulan lepas selepas dibuat sebagai jenaka sinis di Twitter. (Lihat gambar rajah 3) Berita tersebut telah disiarkan pada 14 Mac lalu oleh portal Malaysiakini versi BM. Tuan puan boleh semak di :

https://www.malaysiakini.com/news/514720…

dimana pihak editor artikel tersebut telah menukar gambar Masjid kepada gambar Menteri, Pak Budi Karya. Malangnya nasi sudah menjadi bubur kerana ramai yang telah berkongsi gambar asal artikel yang memaparkan seorang petugas pencegah wabak berada di ruang solat sebuah Masjid dan menimbulkan prasangka SEOLAH OLAH ISLAM ITU PUNCA COVID-19.

Mana tidaknya, sepanjang wabak Coronavirus ini mengganas, wabak Islamofobia turut sama merebak di serata dunia. Entah kenapa…

وَلَنْ تَرْضَىٰ عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ

“Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka.”
(awal ayat 120, Al Baqarah)

Dalam kekecohan Covid-19, insiden Islamofobia juga meningkat di seluruh dunia. Sebuah portal berita antarabangsa, TRT World melaporkan bagaimana beberapa media negara luar mula menjentik elemen keganasan dan diskriminasi terhadap Muslim dengan menyebarkan berita-berita palsu mengaitkan Islam dengan Covid-19 bagi merealisasikan agenda mereka. Tuan puan kalau dah baca, sila share.

Rujuk : https://www.trtworld.com/…/yesterday-jews-were-demonised-f…/

Suatu kenyataan yang pahit tetapi benar;

“Yesterday it was the Jewish people who were demonised for spreading disease. Today it’s Muslims.”

 

Nur Farihah Meor

Exco Media Wafiq

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat