Masjid Tempat Bersatu Bukan Punca Perpecahan

1. Semasa hijrah Rasulullah s.a.w, perkara pertama pertama yang baginda lakukan ialah membina masjid kerana ianya adalah tempat menyatukan ummah dari pelbagai kaum dan kabilah arab.

2. Pengalaman saya menguruskan pembinaan masjid hampir 50 buah masjid dalam tempoh kurang lebih 8 tahun, memberi petunjuk yang sebaliknya kerana hampir 90% AJK masjid berpecah kepada dua kumpulan malah ada yang lebih daripada itu.

3. Perpecahan tersebut di sebabkan oleh fahaman politik yang berbeza. Pengerusi yang buat keputusan sendiri, AJK kaki bangkang, isu tabung masjid dan lain lain perkara titik bengik yang boleh diselesaikan sekiranya semuanya melaksanakan amanah dengan penuh keikhlasan.

4. Jawatankuasa masjid adalah merupakan tugasan kerja sukarela tetapi memandangkan ianya merupakan tempat berpengaruh dalam masyarakat. Tambahan pula, tabung masjid yang boleh mencapai jutaan ringgit maka ianya mudah menimbulkan prasangka di kalangan AJK dan ahli qariah.

5. Perkara yang paling menyedihkan adalah masjid yang aktif dengan pelbagai aktiviti yang mana program kuliah Dhuha sahaja boleh mencapai ratusan pendengar, telah menjadi punca perpecahan qariah kerana pelbagai fahaman.

6. Ini berpunca kerana terdapat AJK yang terlalu memberi kelonggaran kepada beberapa golongan qariah membawa penceramah mengikut kefahaman masing-masing seperti fahaman politik yang berbeza, fahaman extrim terhadap mazhab tertentu dan pelbagai aliran lain yang tidak melihat realiti mayarakat setempat.

7. Akibatnya, walaupun masjid tersebut aktif dengan pelbagai aktiviti kuliah tetapi ianya telah menjadi punca perpecahan sesama masyarakat dan AJK kerana terlalu terbuka dan tiada kawalan terhadap penceramah yang diundang.

8. Sekiranya kita boleh menjadikan masjid sebagai contoh tempat penyatuan ummah setempat, insyaAllah penyatuan yang lebih besar diseluruh negara dan dunia islam akan berlaku.

Tn. Hj. Mohd Tahir Bin Hamdan
Ketua Perhubungan ISMA Negeri Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat