Memahami Isu Afghanistan

Sejarah Ringkas Afghanistan hingga 2001
1. Afghanistan telah diduduki oleh bangsa al-Aryun (penduduk Asia Tengah) sejak dari tahun 1500 sebelum masihi.
2. Pada kurun keenam sebelum masihi, bumi Afghanistan duduk di bawah Empayar Parsi selama tiga kurun sebelum dikuasai pula oleh Greek dan Macedonia di bawah Alexander The Great.
3. Ia kemudiannya dikuasai pula oleh penduduk Baktaria diikuti oleh al-Kusyan dan seterusnya Sasaniun (Parsi dsb).
4. Islam masuk ke Afghanistan pada hujung kurun pertama Hijrah (kurun ke tujuh masihi). Pada kurun ketiga Hijrah, Islam telah bertapak di Afghanistan dan membentuk kuasa dan budaya.
5. Tahun 900-1200 masihi, Afghanistan dikuasai oleh bangsa Turki sebelum jatuh ke tangan Mongul pada kurun ke 13 (Gengkhis Khan dan TmurLank)
6. Selepas itu Afghanistan menjadi rebutan di antara Safadiyin dari Parsi dan Moghul dari India pada kurun ke16-18.
7. 1747, berlaku kesatuan qabilah-qabilah Afghanistan buat kali pertama dan mula menguasai Afghanistan di bawah pemerintahan Ahmad Syah Dirani. Tetapi kemudiannya berlaku perang saudara di antara 1819-1835, Afghanistan diperintah oleh Muhammad Khas (Amir Shoghir)
8. Pada kurun ke-19 berlaku perebutan antara Britain dan Russia terhadap bumi Afghanistan. Rusia ingin menguasai laut dan melalui Afghanistan. Britain ingin menyekat pengaruh Rusia agar kepentingannya di India terpelihara. Berlaku perang British-Afghanistan dua kali pada 1839-1842 dan 1878.
9. Pada 1880 Abd Rahman Khan menjadi pemimpin dengan mengiktiraf British. Beliau cuba utk mengurangkan pengaruh qabilah-qabilah di Afghanistan. Pada 1901 anaknya Habibullah Khan menyambung polisinya.
10. 1919 Habibullah dibunuh dan digantikan oleh Amanullah Khan (salah seorang calon khalifah selepas kejatuhan Othmaniah). Menyerang British di India dalam perang British – Afghanistan ketiga membawa kepada kemerdekaan Afghanistan pada 1919 selepas British mengundurkan diri.
11. 1923 perlembagaan pertama Afghanistan digubal dan mula menggunakan gelaran Malik menggantikan Amir pada 1926. Pemimpin bertukar ganti beberapa kali (ada yang dibunuh dan ada yang digulingkan). Islah negara berlaku secara beransur-ansur.
12. Afghanistan menjadi anggota PBB pada 1946 dan mengadakan hubungan baik dengan Soviet (perjanjian dan kemudian diperbaharui pada 1955).
13. 1961 Afghanistan memutuskan hubungan dengan Pakistan.
14. Pada pertengahan kurun ke 20, Afghanistan membuat hubungan dengan negara-negara bukan komunis ketika perang dingin. 1953 Afghanistan mula menerima bantuan dari Soviet dan Amerika sekaligus.
15. 1973 Afghanistan diisytiharkan sebagai repubik selepas berlaku revolusi tentera dan dijatuhkan Raja Zahir digantikan oleh Daud (Presiden dan Perdana Menteri).
16. 1978 berlaku lagi sekali revolusi tentera dengan bantuan Soviet. Daud dibunuh dan pemerintahan ala komunis bermula. Membawa kepada perang antara kerajaan dan mujahidin.
17. Pada 1979-1980, Soviet memasuki bumi Afghanistan dan bersatu dengan kerajaan sedia ada untuk menentang mujahidin. Ini membawa kepada pelarian Afghanistan (3 juta ke Pakistan, dan ada lagi ke Iran).
18. 18 Feb 1989 tentera Soviet keluar dari Afghanistan dan Najibullah membuang menteri-menteri komunis.
19. Jan 1992, gencatan senjata dan berlaku pilihanraya di bawah seliaan PBB. Mujahidin memasuki Kabul dan terlantik Burhanuddin Rabbani dan Qalbuddin Hekmateyar (PM). Tetapi perang saudara terus berlaku.
20. Taliban muncul (Mula Muhammad Umar) seorang profesor dan mujahid pada 1994 dan September 1996 menguasai Kabul membentuk kerajaan baru. Pada 2000 menguasai hampir keseluruhan Afghanistan.
21. Berlaku peritiwa 11 Sept 2001 dan ia digunakan sebaiknya oleh Amerika utk menekan Taliban bagi menyerahkan Osama bin Laden. 7 Oktober Amerika menyerang Afghanistan dengan bantuan Tahaluf Syamali. Satu demi satu bandar di Afghanistan jatuh ke tangan Amerika.
22. 27 Nov 2001, ketua-ketua qabilah di Afghanistan berkumpul di Jerman dan membincangkan penubuhan kerajaan di bawah Hamid Karzai.
23. 2002 dibentuk Dewan Rakyat (Loya Jorga – Majlis Qabail Afghani), dilantik Hamid Karzai sebagai Presiden selama dua tahun dengan 11 kementerian di bawah Pashtun, 8 di bawah Tajik, 5 di bawah Hazarah dan 3 di bawah Uzbek juga beberapa etnik lain.
24. Pemimpin Taliban diburu dan ditangkap lalu di hantar ke penjara Guantanamo.

Mengenali Taliban
1. Taliban dengan namanya itu muncul ketika berlakunya perang saudara yang berlaku bermula pada 1992 antara mujahidin selepas pengunduran Soviet 1989. Cita-citanya pada ketika itu adalah untuk menegakkan negara Islam di atas mazhab Hanafi.
2. Dinamakan Taliban merujuk kepada status majoriti ahlinya yang merupakan pelajar-pelajar dari etnik Pashtun (etnik yang menduduk Utara dan Timur Afghanistan serta sebahagian dari Pakistan)
3. Sebab kemunculan Taliban:
– satu teori adalah sebagai tindak balas dari pertelingkahan mujahidin. Bila Taliban naik, kumpulan mujahidin bergabung dengannya dan kesan dari ulamak Afghanistan menggalakkan pelajar meninggalkan pelajaran dan berjihad menentang Soviet. Di masa yang sama Taliban berjaya membuat hubungan diplomatik dengan Pakistan dan Amerika.
– teori kedua adalah Taliban memang wujud sejak kemasukan Soviet hasil dari galakan ulamak agar para mahasiswa meninggalkan pelajaran dan berjihad menentang Soviet. Apa yang berlaku hanyalah strategi mereka di dalam menguruskkan isu Afghanistan sahaja.
4. Diasaskan secara rasmi pada September 1994 di bawah pimpinan Mula Muhammad Omar dengan 50 orang pelajar pada peringkat awalnya dan kemudian berkembang hingga ke 15 ribu pengikut. Diasaskan di Kandahar, bandar kelahiran Mula M Omar.
5. Bandar pertama yang diserang dan dikuasai adalah Kandahar pada Okt 1994. Pada awal 1995, menguasai lagi 12 bandar. Pada Sept 1996 menguasai Kabul dan mengisytiharkan penubuhan Kerajaan Islam Afghanistan. Pada 1998, menguasai 90% Afghanistan.
6. Ketika Taliban menguasai Afghanistan, negara berada dalam keadaan hancur. Tiada kecukupan air, elektrik dan keperluan asas akibat perang yang berlaku selama 20 tahun (meninggal dunia 1 juta orang dan lebih 100 ribu balu). Akibat ketidakcukupan keperluan hidup, kadar kematian kanak-kanak bawah lima tahun adalah seramai 25% (seorang mati dari setiap 4 kanak-kanak). Keadaan semakin buruk dengan polisi Taliban yang menghalang segala bantuan dari luar.
7. Taliban menjalankan pemerintahan ‘Islam’ yang keras. Hanya tiga negara sahaja yang mengiktiraf kerajaan Taliban 1996-2001 iaitu Saudi, Emirates dan Pakistan.
8. Taliban dituduh membela Usamah bin Laden dan al-Qaeda. Dan ini menyebabkan Majlis Keselamatan PBB mengeluarkan resolusi 1333 menghukum Taliban atas tuduhan membela Osama bin Laden.
9. Kerajaan Taliban jatuh pada Okt 2001 selepas Amerika melancarkan perang balas atas pengeboman WTC.
Afghanistan di Bawah Amerika (2001-2021)
1. Dengan kemasukan Amerika ke bumi Afghanistan, Taliban melancarkan serangan gerila ke kerajaan dan tentera luar (Amerika dan Nato) bermula pada 2003. Ianya mula mendatangkan hasil apabila mereka mula menguasai beberapa kawasan pada 2006. Dan ini membawa kepada penambahan tertera oleh Amerika kepada 140 ribu orang (100 ribu dari Amerika) sekitar 2009-2011.
2. Mula Umar meninggal dunia pada 2013 dan Taliban dipimpin oleh pemimpin baru.
3. 2012, Amerika mengumumkan akan memberhentikan operasi ketenteraan di Afghanistan yang akan dimulakan pada Dis 2014. Dis 2014 Nato menghentikan segala bantuan keamanan dan menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab kepada kerajaan Afghanistan yang masih tidak bersedia.
4. Taliban mengambil peluang dari kelemahan Amerika dan kerajaan untuk melancarkan serangan yang lebih agresif membawa kepada pembunuhan ramai orang awam.
5. Obama cuba menjadi orang tengah untuk menjadi pendamai antara Taliban dan kerajaan Afghanistan. Rundingan melibatkan Pakistan dan China. Trump menyambung rundingan pada 2017.
6. Ketika Asyraf Ghani naik menjadi Presiden, beliau menyatakan kesediaan untuk berunding dengan Taliban, Taliban menolak dan memilih untuk berunding langsung dengan Amerika. Ia akhirnya berlaku pada Feb 2019 di Doha dengan bantuan Qatar. Berlangsung sebanyak lapan pusingan dan akhirnya mencapai kesepakatan pada Sept 2019. Tetapi pembunuhan tentera Amerika pada hari tersebut menyebabkan Trump menangguhkan tandatangan perjanjian.
7. Perjanjian akhirnya ditandatangan pada Feb 2020 di Doha.
Tokoh-tokoh Taliban
1. Mawlawi Hibatullah Akhundzada menjadi Pemimpin Tertinggi Taliban mulai 2016
2. Mullah Mohammad Hasan Akhund, Presiden/ Perdana Menteri Interim Afghanistan
3. Mullah Abdul Ghani Baradar, Ketua Politik (dianggap pemimpin nombor 2)
4. Menteri Dalam Negeri, Sirajuddin Haqqani
Menteri Pertahanan, Mullah Yaqoob
Menteri Luar Negeri, Amir Khan Muttaqi

Kesukaran Yang Ditinggalkan Oleh Amerika / Kerajaan Asyraf Ghani Kepada Taliban
Abd Ghani Baradar ketika memasuki Kabul: “Hari ini bermulalah ujian hakiki bagi harakah.”
1. Mengepalai kesatuan: Qalbuddin Hekmateyar, Hamid Karzai & Abdullah Abdullah (perang dgn Sovier ada 7 kumpulan mujahidin). Afghanistan terkenal dengan sejarah perbalahan dalaman yang panjang antara qabilah dan etnik.
2. Menjaga keamanan Afghanistan (hampir 50 tahun tidak pernah aman). Ini jika diambil dari revolusi tentera pada 1973.
3. Tiada perlembagaan yang dirujuk oleh negara. Proses menyiapkan perlembagaan negara pada 1923 terganggu dengan ketidakstabilan politik yang berlaku.
4. Masyarakat baru – 60% dari 35 juta adalah orang muda yang hidup di zaman US (internet, tv, media dsb) – tidak mudah menerima idea baru. Sebagai contoh pada 18-19 Ogos berlaku demonstrasi membantah penurunan bendera Afghanistan digantikan dengan bendera Taliban. Ini tidak berlaku jika bendera itu diturunkan pada pemerintahan kali pertama Taliban pada 1996.
5. Hubungan diplomatik di peringkat antarabangsa adalah cabaran baru buat Taliban dalam sistem dunia yang kompleks pada hari ini. Sebelum ini Taliban hanya mengiktiraf tiga negara (Pakistan, Saudi dan Emirate)
6. Perkembangan media – sebelum ini Taliban tukar media Radio Afghanistan kepeda Sautu Syariah, tutup tv rasmi dan menghalang wanita bekerja termasuk di media/penyiaran. Sekerang terdapat 100 channel tv (satelit dll), lebih 150 stesen radio, puluhan surat khabar/majalah, 8 agensi berita dan ratusan website, 10 ribu pekerja media (majoritinya adalah wanita), jutaan pengguna smartphone
7. Dadah; antara negara pengeluar dan pengeksport dadah terbesar dunia, tanaman dadah (bunga popi) melibatkan ribuan petani dan menjadi sumber pendapatan negara. Kerajaan dan ahli perniagaan mengambil untung dari perjualan dadah dan dari kempen membasmi dadah.
8. Memperbaiki keadaan ekonomi; majoriti penduduk Afghan duduk kampung, miskin, tiada pekerjaan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat