Hari ini khabarnya Dewan Rakyat kecoh ekoran seorang ahli parlimen dari Bintulu MP Tiong King Sing yang melemparkan rasa tidak puas hati beliau terhadap Tan Sri Dr Noor Hisham, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. Kata beliau DG sepatutnya turun ke setiap hospital di Sabah melawat dan memberi moral support kepada staff kesihatan di sana. Setakat baca laporan, ofis boy pun boleh baca.
Orang politik sebegini memang tak pernah faham bagaimana kakitangan kerajaan menjalankan tugas. Mungkin bagi mereka meninjau itu satu kerja yang besar. Sebab itu juga sering dilihat ahli politik saban tahun turun meninjau tak sudah-sudah.
Santai saja di jawab oleh Tan Sri apabila ditanya oleh seorang wartawan ekoran perkara itu. Beliau membacakan dua ayat Al Quran berkenaan dengan mati serta menyambung ” Kita sebagai orang Islam, kita terima kematian itu dimana-mana sahaja akan berlaku samada turun padang ataupun tidak.”
Betul tak kawan?
Dalam banyak perkara memang senang nak mencari kelemahan, kekurangan dan cacat cela orang lain. Yang susah bila diminta untuk sama-sama bekerja dan menampung kelemahan dengan kelebihan yang ada.
Dalam bilik darjah memang selalu ada anak murid yang suka mengalihkan silap dan salah pada orang lain. Adam yang tidak membawa buku misalnya akan menyalahkan ibunya yang tidak menyusun buku untuknya. Begitu juga si Minah yang berlari di dalam perpustakaan akan menyalahkan rakannya yang menyuruh dia mengejarnya. Maka si guru akan bersegera menyusun kata untuk membetulkan sikap yang sedemikian. Di ajak si murid melihat kembali bagaimana dia sendiri yang memegang kuasa memilih apa yang dibuat.
Nota kaki : Dalam hati tertanya-tanya juga. Menteri kesihatan dan timbalan-timbalan ya takde ke dalam dewan? Tak backup staff dia ke?
Asmadi Abdul Samad
Naib Pemuda Isma