Nasib 153 Calon Simpanan Guru : I-Guru dan CGPUA Memohon KPM Bantu Segera Untuk Penempatan 

KENYATAAN MEDIA 

NASIB 153 CALON SIMPANAN GURU : I-GURU DAN GGPUA MEMOHON KPM BANTU SEGERA UNTUK PENEMPATAN 

Apakah nasib graduan pendidikan universiti awam yang telah menjalani temu duga pada Ogos hingga November 2019 yang kini status mereka sebagai calon simpanan guru bakal tamat sah laku pada 25 Disember 2020 bagi calon semenanjung dan 10 Januari 2021 bagi calon Sabah? Adakah mereka tidak akan mendapat lantikan tetap? Hal ini menjadi tanda tanya berkenaan nasib 153 calon simpanan guru.

Untuk makluman, keputusan temu duga pada 25/12/2019 telah menyenaraikan seramai 800 calon simpanan guru. Namun, pada bulan September dan Oktober 2020, seramai 647 calon simpanan sudah mendapat lantikan tetap dan hanya berbaki 153 calon simpanan guru yang masih menjadi tanda tanya tentang nasib mereka.

Pihak kami berharap, pihak berkenaan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dapat membantu nasib 153 calon simpanan guru ini mendapatkan perjawatan agar lantikan tetap dapat diberikan memandangkan isu kekurangan guru saban tahun berlaku. Mereka juga merupakan graduan pendidikan universiti awam yang selayaknya menjawat jawatan guru.

Jika pihak KPM tidak dapat memberikan perjawatan guru, kami memohon agar pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dapat melanjutkan tempoh sah laku kerana sebelum ini, kesemua calon simpanan guru mendapatkan lantikan tetap. Namun, pandemik Covid-19 menyebabkan lantikan tetap ini terganggu dan menyebabkan baki 153 calon simpanan masih berharap lantikan tetap disegarakan.

 

Ustaz Mohd Azizee bin Hasan – Presiden iGuru

Mohd Azrinsyah b. Abdul Aziz –Wakil GGPUA (Gerakan Graduan Pendidikan Universti Awam)

30 November 2020 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat