Nukilan buat mu barisan kepimpinan negara

Saat menunggu sidang media Pengarah Kesihatan
Irama lagu berkumandang menyaluti kehibaan
Air mata bergenang kesayuan
Membayangi susuk tubuh petugas kesihatan
Membayangi langkah hiba petugas keselamatan
Yang kian lelah dalam keringat perjuangan
Namun, ku yakin jiwa mereka menebal kekuatan

Ku pasti jua barisan kepimpinan negara
Tan Sri Muhyidin @Abah Din berusaha menjaga
Tan Sri Dr Noor Hisham tetap bertahan menahan air mata
Dengan segenap sokongan dan doa berterusan daripada kami semua
Perutusan khas telah pun kita dengar bersama
Ayuh, rakyat Malaysia 🇲🇾!
Tidak kira pangkat, darjat, kuasa, miskin dan kaya
Tetaplah patuhi SOP dan jaga sesama kita
Muhasabah diri bersama
Bahawa Covid – 19 ini adalah ujian buat kita
Kita semua sedang merasa bagaimana binasanya
Serangan virus Covid-19 yang melata

Nukilan,
Jururawat Herlina Tarmizi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat