Pakai topeng muka di tempat awam tidak efektif cegah COVID-19

BANGI, 21 Mac – Seorang doktor Malaysia yang kini bertugas di Sydney Australia menyeru orang awam untuk tidak membeli dan memakai topeng muka di kawasan awam kerana ianya tidak dapat mengekang Covid-19 daripada merebak.

Sebaliknya mengamalkan jarak sosial sejauh 1.5 meter dan kerap membasuh tangan jika berada di tempat awam.

Ujarnya, dalam keadaan terdesak ini, ramai yang mengambil kesempatan dengan menjual topeng muka dengan harga yang mahal dan keterlaluan.

“Dengarlah nasihat saya ni, tak perlu untuk berebut atau spend duit yang banyak untuk beli face mask yang terbukti tak ada benefit cegah jangkitan Covid19.

“Itupun (topeng muka) hanya dipakai pada satu jangkamasa yang singkat sahaja, kerana topeng muka yang biru biasa tu tak dapat pun nak sekat virus. Ia hanya kurangkan sikit sahaja risiko (large droplets).

“Ditambah pula, ada yang pakai topeng muka ini hanya tutup mulut sahaja, tetapi hidung terbuka,” kata Dr Shaiful Aizad Shafie yang juga ahli Isma Australia.

Tambahnya lagi, topeng muka ini haruslah di beri keutamaan kepada mereka yang bekerja di hospital, petugas yang menguruskan pesakit, ahli keluarga yang menjaga pesakit dan mereka yang positif Covid-19.

Dr Shaiful juga menasihati mereka yang menjual topeng muka ini dengan harga yang mahal supaya insaf tetapi bertimbang rasa dengan keadaan mendesak ini.

“Nak jual tak ada masalah tapi janganlah ambil kesempatan atas orang ramai dalam keadaan yang dah cukup susah ini, ramai orang dah hilang kerja dan sumber pendapatan. Bertimbang-rasalah,” katanya lagi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat