CYBERJAYA, 26 April- Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) telah melancarkan Pelan Induk Komuniti Ummah ketika Mesyuarat Agung Perwakilan ISMA pagi tadi.
Menurut Naib Presiden 1, Mohd Nasrul Muhaimin Mohd Taib pelan ini sebagai satu inisitaif ISMA untuk mengupayakan ummah supaya bangun sendiri memberikan khidmat kepada masyarakat.
“Jika dahulu ISMA, sebagai badan yang memberikan khidmat bakti kepada komuniti, tetapi sekarang fasa pengupayaan ummah, ummah sendiri yang memberikan khidmat semula kepada ummah.
“ISMA ingin lahirkan komuniti yang bangkit bersama, memberikan ‘servis’ kepada ummah itu sendiri dengan penuh ilmu dan kesedaran,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Pelan Induk Komuniti Ummah.
Tambah Nasrul lagi, Pusat komuniti merupakan salah satu alat kepada membangunkan usaha komuniti.
“ Pusat komuniti ini boleh lahir dari pelbagai bentuk seperti dalam kelas, kelas pengajaran remaja, persatuan bola sepak atau jawatankuasa masjid.
“Kena spesifik kepada kehendak dan keperluan, jurang-jurang yang ada dalam komuniti. Pergi kepada masalah tempatan. Bukan laksanakan hanya program tanpa melihat kepada keperluan komuniti.
Tambahnya lagi, kesedaran kepada pengupayaan komuniti ini ada, tetapi tidak tersusun.
“Tiada satu projek pengupayan yang tersusun dan bersepadu, jadi ISMA hadir untuk menyusun segala jenis pengupayaan supaya lebih terpandu seterusnya dapat memberikan impak yang lebih berkesan.
“Solusi ini akan menjawab kepada permasalah komuniti itu sendiri, seterusnya untuk komuniti itu bangun dan kekal berdiri,” katanya lagi ketika ditemui selepas majlis pelancaran Pelan Induk Komuniti Ummah oleh Presiden ISMA, Ustaz Shuhaib Ar-Rumy bin Selamat.
CYBERJAYA, 26 April- Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) telah melancarkan Pelan Induk Komuniti Ummah ketika Mesyuarat Agung Perwakilan ISMA pagi tadi.
Menurut Naib Presiden 1, Nasrul Muhaimin pelan ini sebagai satu inisitaif ISMA untuk mengupayakan ummah supaya bangun sendiri memberikan khidmat kepada masyarakat.
“Jika dahulu ISMA, sebagai badan yang memberikan khidmat bakti kepada komuniti, tetapi sekarang fasa pengupayaan ummah, ummah sendiri yang memberikan khidmat semula kepada ummah.
“ISMA ingin lahirkan komuniti yang bangkit bersama, memberikan ‘servis’ kepada ummah itu sendiri dengan penuh ilmu dan kesedaran,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Pelan Induk Komuniti Ummah.
Tambah Nasrul lagi, Pusat komuniti merupakan salah satu alat kepada membangunkan usaha komuniti.
“ Pusat komuniti ini boleh lahir dari pelbagai bentuk seperti dalam kelas, kelas pengajaran remaja, persatuan bola sepak atau jawatankuasa masjid.
“Kena spesifik kepada kehendak dan keperluan, jurang-jurang yang ada dalam komuniti. Pergi kepada masalah tempatan. Bukan laksanakan hanya program tanpa melihat kepada keperluan komuniti.
Tambahnya lagi, kesedaran kepada pengupayaan komuniti ini ada, tetapi tidak tersusun.
“Tiada satu projek pengupayan yang tersusun dan bersepadu, jadi ISMA hadir untuk menyusun segala jenis pengupayaan supaya lebih terpandu seterusnya dapat memberikan impak yang lebih berkesan.
“Solusi ini akan menjawab kepada permasalah komuniti itu sendiri, seterusnya untuk komuniti itu bangun dan kekal berdiri,” katanya lagi ketika ditemui selepas majlis pelancaran Pelan Induk Komuniti Ummah oleh Presiden ISMA, Ustaz Shuhaib Ar-Rumy bin Selamat.
Mohd Nasrul Muhaimin Mohd Taib
Naib Presiden ISMA