KAJANG, 6 April – Bersempena dengan bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, Pemuda ISMA Kajang dengan kerjasama Kolej Komuniti Hulu Langat telah melancarkan projek kemahiran komuniti Corporate Social Responsibility (CSR) kepada komuniti setempat di bandar Kajang.
Program ini telah disertai oleh 30 pelajar Kolej Komuniti Hulu Langat, 4 pensyarah beserta ahli Pemuda ISMA Kajang. Antara khidmat masyarakat yang dilaksanakan dalam program ini adalah perkhidmatan servis penghawa dingin kepada surau-surau di kawasan setempat iaitu Surau An-Nur Taman Kasih, Sungai Sekamat dan Surau Al-Falah, Flat Kajang Perdana.
Semoga inisiatif ini dapat memberikan pendedahan khidmat masyarakat kepada peserta dan mengeratkan lagi hubungan sesama ahli masyarakat di bandar Kajang.