Pemuda Isma Konsisten, Mahu Hapus Sekolah Vernakular

Melihat kepada kecaman demi kecaman diterima oleh YB Senator Wan Ahmad Faysal berkaitan kenyataan beliau berkaitan penghapusan secara bertahap sistem sekolah vernakular, wajar bagi kami di Pemuda Isma untuk menyatakan sokongan kepada beliau di atas dasar perjuangan yang sama yakni sistem sekolah vernakular wajib dihapuskan bagi menjamin kesejahteraan dan kemakmuran negara kita.

Kecaman kepada beliau berpunca dari kejahilan dan nafsu peribadi yang jahil tentang bahana yang timbul dari sistem persekolahan vernakular yang selama ini menjadi duri dalam daging kepada usaha untuk menyatupadukan rakyat Malaysia.

Kami di Pemuda Isma sedari awal konsisten menuntut agar sistem persekolahan vernakular dihapuskan dan menyatakan rasa kecewa yang teramat apabila kerajaan PN bukan sahaja tidak berusaha menghapuskannya bahkan menambah lagi 10 sjkc.

Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, untuk melihat isu ini dengan sudut pandang holistik, diluar kacamata bangsa semata mata dan jujur dengan realiti bahawa sistem persekolahan berasingan akan mengakibatkan generasi seterusnya berhadapan dengan masalah untuk ‘co-exist’ bersama tanpa sebarang prejudis.

Hapuskan sistem persekolahan vernakular. Titik.

Arifin Manan
Ketua Pemuda Isma

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat