BUKIT KATIL, 15 Nov – Relawan Muda Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Melaka Tengah menyampaikan sumbangan kepada 10 buah keluarga di kawasan Bukit Katil.
Program anjuran Biro Pemuda ISMA cawangan Melaka Tengah ini dengan kerjasama Yayasan Maghfirah selaku penyumbang dana utama dan juga Madrasah Nur At-Taufiq, Taman Saujana Indah yang membantu agar sumbangan ini disampaikan kepada keluarga yang layak.
Menurut Ketua Pemuda ISMA cawangan, En. Syed Mohd Aizuddin Bin Tuan Sembak, sumbangan ini bertujuan membantu meringankan beban ditanggung mereka lebih-lebih lagi dalam situasi PKPB. Penerima bantuan amat bersyukur dan berterima kasih atas sumbangan yang disampaikan.
Lebih istimewa, di setiap rumah yang menerima sumbangan akan diakhiri dengan doa yang dibacakan sendiri oleh YDP ISMA Melaka Tengah, Dr. Khair Razlan Othman, mendoakan agar dimudahkan urusan setiap keluarga yang menerima bantuan.
Pemuda ISMA Melaka Tengah mengalu-alukan lebih ramai anak muda menyertai Skuad Relawan Muda ini untuk terus menyantuni masyarakat setempat.
Anak-anak muda yang berminat sertai, boleh menghubungi saudara Umar Ahmad di talian 01132782655.