Bahaya pengambilan fructose corn syrup yang tidak disedari

Fructose Corn Syrup adalah gula fruktosa yang dibuat daripada tepung jagung yang memberi kesan manis seperti gula. Penggunaan Fructose Corn Syrup ini semakin berleluasa dalam industri makanan kerana kos penghasilannya lebih murah.  

Pengambilan fruktosa membekalkan kalori kerana dari sudut molekulnya, fruktosa terdiri daripada unit glukosa dan sukrosa. Glukosa apabila mengalami proses metabolisma dalam badan akan menghasilkan tenaga.  Kandungan fructose corn syrup ini tinggi di dalam makanan dan minuman ringan seperti air soda, coklat, gula-gula, air jus, perisa tambahan makanan, yogurt dan banyak lagi.

Ianya hampir mustahil untuk dielakkan kerana hampir kebanyakan makanan yang ada sekarang mengandungi bahan ini. Makanan yang mempunyai senarai kandungan “added sugar”, kebanyakannya mengandungi gula jenis fruktosa.  

Fruktosa hanya boleh diproses oleh organ hati menjadi glukosa sebelum glukosa digunakan oleh sel-sel badan untuk menghasilkan tenaga. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan fructose corn syrup lebih merbahaya daripada pengambilan gula biasa kerana proses penguraiannya membebankan sistem hati. Hati akan menukar fruktosa yang berlebihan dalam badan menjadi lemak.

Seterusnya menjadi punca pelbagai penyakit kronik seperti diabetes type II, masalah jantung, obesiti dan kanser. Peningkatan penghasilan asid urik juga dikaitkan dengan pengambilan makanan yang mempunyai fructose corn syrup yang berlebihan menyebabkan masalah gout dan tekanan darah tinggi.  

Pengambilan makanan yang mengandungi fructose corn syrup yang berlebihan juga menyebabkan fenomena insulin-resistance. 

Lazimnya, hormone insulin dirembeskan apabila kadar glukosa dalam darah meningkat. Insulin dirembeskan sebagai signal kenyang dan menyebabkan kita berhenti makan. Apabila makanan yang mengandungi fructose corn syrup dimakan, fruktosa tidak mempengaruhi penghasilan hormon insulin menyebabkan badan tidak menerima signal kenyang dan akhirnya menggalakkan aktiviti makan berterusan dan sukar untuk berhenti.  

 Fruktosa juga terhasil secara semulajadi di dalam buah-buahan yang memberikan rasa manis buah. Fruktosa di dalam buah adalah selamat untuk dimakan kerana kadarnya yang sedikit. Sebaiknya, makanlah banyak buah-buahan sebagai pengganti makanan ringan dan makanan yang mengandungi kandungan fructose corn syrup yang tinggi. Sebelum membeli sesuatu makanan, lihatlah dahulu label dan kandungan makanan yang ditulis supaya pengambilan fructose corn syrup ini boleh dielakkan. 

 #SayaNakSihat 

#Cabaran60hariBeratBadanIdeal 

#WanitaISMAJohor

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat