Sekali lagi isu yang menggugat sensitiviti masyarakat majoriti orang Melayu di negara ini berlaku dan diakhiri dengan permohonan maaf.
Kita tegaskan bahawa sebarang usaha perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini mestilah didasarkan kepada nilai tempatan bagi negara yang berdaulat ini.
Tidak perlu sebarang usaha yang menggunakan nama ‘kebudayaan’ yang cuba mempromosi agenda pengaruh asing yang boleh mengganggu gugat keharmonian masyarakat.
Sebuah negara yang kuat mestilah bertunjangkan kepada satu identiti nasional yang jelas dan merdeka. Kita tidak boleh ada polisi atau dasar yang bercampur-baur dalam hal yang berkait dengan jatidiri dan kedaulatan negara Malaysia yang tercinta ini.
Orang Melayu mesti memperjuangkan hak dan kedudukan istimewa mereka sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ustaz Shuhaib ar-Rumy Selamat
Presiden ISMA