Pertahanan Siber Israel Sebenarnya Lemah!

Hakikatnya, terdapat tiga medan pertempuran dengan dengan Israel.
1. Fizikal
– Medan pertempuran fizikal (darat, udara, air) telah dipikul tanggungjawab oleh penduduk Palestin demi menjaga tanah air mereka.
– Kesan pertempuran fizikal terhadap Israel berupa kerosakan harta benda fizikal (serta dari sudut ekonomi untuk memulihkan kerosakan).
2. Media Sosial
– Menariknya, medan pertempuran media sosial telah dipacu oleh solidariti Netizen Malaysia yang bertungkus lumus siang dan malam melakukan “cyber bully” terhadap masyarakat Israel.
– Kesan pertempuran media sosial boleh dilihat apabila terdapat tekanan dari sudut PSIKOLOGI dan EMOSI yang dasyat.
– Mereka terpaksa minta owner media sosial untuk ubah algorithm supaya rakyat mereka tak nampak komen-komen dari netizen Malaysia.
– Mereka juga terpaksa kerahkan tenaga media yang ada untuk buat propaganda balas supaya dapat terus mengaburi mata masyarakat dunia!
3. Siber
– Medan pertempuran siber secara umumnya telah dikoordinasikan secara tahunan melalui kempen #OpsI_____.
– Dalam pertempuran kali ini, kumpulan Dragon Force Malaysia dan beberapa kumpulan penggodam dari negara-negara pro Palestin yang lain telah mengembleng tenaga untuk melakukan serangan siber; mengakibatkan ratusan server dan web rasmi kena hack dan lebih kurang 4 juta maklumat peribadi penduduk mereka dibocorkan!
– Kesannya yang terjadi dalam bentuk TEKANAN MENTAL kerana dihantui oleh serangan dari pelbagai sudut.
*****
Mereka ada bagi amaran untuk buat serangan balas, malah telah pun menunjukkan peningkatan terhadap aktiviti serangan siber dalam Malaysia.

Namun begitu, jom kita tengok pula betapa lemahnya cyber defense mereka.
1. 2020 – Serangan siber ke atas infrastruktur air, menyebabkan gangguang pengaliran air di kawasan pertanian.
2. 2020 – 800 serangan siber ke atas industri penerbangan, menyebabkan lebih dari 60 pesawat yang bawa pemimpin-pemimpin negara semasa Forum Holocaust Dunia telah terkesan.
3. 2020 – Ribuan data dari lebih 40 syarikat pengurusan logistik telah digodam dan dicuri.
4. 2020 – Serangan virus ransomware ke atas syarikat insurans, kena ugut hampir $1 juta bitcoin. Kalau tak bayar, maklumat-maklumat sensitif akan dibocorkan!
5. 2019 – Telefon bimbit calon Perdana Menteri kena hack sewaktu pilihan raya.
6. 2019 – Stesen TV kena hack dan hacker memaparkan amaran palsu mengenai serangan peluru berpandu di skrin. Habis panik mak ngah!
7. 2017 – Kempen penggodaman skala besar yang mensasarkan industri teknologi, institusi kewangan dan pejabat pos nasional.
8. 2012 – Dijangkiti virus yang dinamakan sebagai “Mahdi”; 800 firma kejuruteraan infrastruktur kritikal, agensi kerajaan, institusi kewangan dan institusi pendidikan terjejas teruk!
9. 2009 – Antara serangan siber terbesar. Infrastruktur Internet mereka down! 5,000,000 komputer dan server rosak teruk!

Sebenarnya banyak lagi insiden-insiden serangan siber yang mereka terpaksa hadap!
Secara umumnya ada 2 bentuk serangan siber:
1) Serangan siber di media sosial – Kebocoran maklumat, cyber bully, troll, dll
2) Serangan siber di server dan website rasmi – Kecurian data, eskploitasi, perisian hasad, dan lain-lain
Memang kita nampak terkedepan dalam melakukan siri serangan siber dan media sosial. Persoalannya, apakah tahap ketersediaan kita untuk melakukan pertahan siber sekiranya di serang oleh mereka?

Qamarul Nazrin Bin Harun

Aktivis ISMA 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat