Program Huffaz Cilik Menarik Minat Kanak-Kanak Cintai Al-Quran

PUTATAN, 29 Disember 2025 — Seramai 32 orang peserta terdiri daripada kanak-kanak telah menyertai Program Huffaz Cilik yang berlangsung di Surau RaudhatuI Jannah, PPR Taman Sri Keramat, Putatan, semalam. 

Program ini merupakan anjuran Kelab Anak-Anak Hebat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Putatan dengan kerjasama Surau RaudhatuI Jannah, PPR Taman Sri Keramat, Putatan. Penganjuran program ini bertujuan mengisi masa lapang kanak-kanak dengan aktiviti berfaedah di samping menyemai rasa cinta terhadap Al-Quran sejak usia muda.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program, antaranya aktiviti hafazan Al-Quran, aktiviti mini explore serta aktiviti berkebun yang bukan sahaja menyeronokkan malah membantu perkembangan sahsiah dan jati diri kanak-kanak.

Maklum balas daripada para peserta amat memberangsangkan apabila mereka meluahkan rasa gembira dan teruja mengikuti program ini. Ibu bapa turut menyambut baik penganjuran program seumpama ini kerana ia memberi impak positif kepada pembentukan sahsiah anak-anak.

Pihak penganjur berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha melahirkan generasi Huffaz Cilik yang mencintai Al-Quran serta berakhlak mulia.

Scroll to Top