BANGI, 4 Mei – Semalam, seorang Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail yang sedang bertugas maut apabila dirempuh pemandu yang dipercayai mabuk di Plaza Tol kajang Selatan Lebuh Raya Lekas.
Menurut Ketua Pemuda ISMA Shah Alam, Muhammad Shahier Sa’min perkara ini acap kali kedengaran dan sampai bila nyawa orang awam menjadi taruhan di tangan pemandu mabuk.
Ujarnya kerajaan harus untuk mengenakan hukuman yang setimpal kepada pembunuh berkenaan.
“Pelaku kesalahan ini perlulah diberi hukuman yang betul-betul berat seperti hukuman gantung sampai mati supaya dapat memberi pengajaran dan peringatan kepada yang lain,” katanya.
Tambahnya lagi penjualan arak secara terbuka haruslah disekat seperti di kedai-kedai runcit dan pasaraya.
“Aktiviti minum arak, nyata telah banyak memberi implikasi negatif dan telah mengorbankan banyak nyawa, bukan setakat nyawa si pemabuk malah nyawa mereka yang tidak bersalah.
“Sekali lagi saya nyatakan dengan jelas pihak kerajaan perlu mangambil tindakan tegas terhadap para pemabuk ini.
“Seluruh masyarakat juga disaran agar terus memberi tekanan terhadap aktiviti penjualan arak secara terbuka,” katanya lagi.