Santuni golongan asnaf dan ibu tunggal menerusi bakul kasih Ramadan

PORT DICKSON, 16 Mei – Ikatan Muslimin Malaysia Port Dickson (Isma PD) meneruskan lagi usaha membantu golongan asnaf dan ibu tunggal dalam program Bakul Kasih Ramadan sempena bulan ramadan pada tahun ini.

“Sumbangan ini bertujuan untuk membantu meringankan beban ditanggung mereka di samping menyuntik semangat untuk menikmati Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang walaupun dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini,” jelas Yang Dipertua Isma PD, Jaafar Suradi.

Menurutnya lagi, program yang telah masuk tahun kelima penganjurannya bertujuan untuk menggalakkan masyarakat bersedekah dan saling membantu di bulan ramadan penuh barakah ini.

Sumbangan yang diterima dari orang ramai disalurkan terus kepada golongan yang memerlukan dalam bentuk keperluan makanan harian/

Sementara itu, Ketua Wanita Isma PD berkata, sumbangan ini telah berjaya diserahkan kepada 7 buah keluarga yang terdiri daripada golongan asnaf dan ibu tunggal di sekitar Port Dickson.

Penyampaian sumbangan ini telah disempurnakan oleh aktivis Isma PD dan semua penerima sumbangan amat berbesar hati dan terharu menerima sumbangan dari orang ramai ini.

Isma PD mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sumbangan. Moga Allah melipat gandakan ganjaran kepada semua yang menghulurkan bantuan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat