Sasar 1,000 pemuda khatam al-Quran secara atas talian Ramadhan ini

BERMULA daripada 24 April 2020 yang lalu, 34 cawangan Pemuda ISMA di seluruh negara telah mengajurkan program Geng Ngaji Quran yang bertujuan mengajak para pemuda berumur 18 – 40 tahun mendekati dan mendalami al-Quran sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Selain itu, program Geng Ngaji Quran juga menawarkan klinik Tahsin al-Quran di mana Pemuda ISMA menyediakan 100 guru al-Quran yang akan membimbing para pemuda membetulkan bacaan mereka.

Pemuda ISMA menyasarkan seramai 1,000 orang pemuda dari seluruh negara akan khatam al-Quran secara atas talian menjelang akhir Ramadan kali ini.

Semoga aktiviti yang dianjurkan di bulan Ramadan yang juga jatuh pada waktu PKP ini dapat membantu anak muda untuk mengisi waktu lapang dengan aktiviti berfaedah serta mampu membawa mereka menghayati pengertian sebenar Ramadan sebagai bulan al-Quran.

Dr Isa Mohd Hasan
Pengarah Program Geng Ngaji Quran 2020
Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat